Langgan newsletter kami!

Maksud Gaji Kasar, Gaji Bersih & Gaji Pokok

Bagi yang sudah bekerja, sudah pasti anda akan menunggu setiap hujung bulan kerana waktu itu adalah hari gaji! Kena pula anda jenis yang gaji cukup-cukup sahaja untuk menampung perbelanjaan bulan tersebut.

Jadi daripada gaji yang anda terima, apakah yang dimaksudkan denganĀ gaji kasar, gaji bersih dan gaji pokok?

Definisi jenis gaji ini penting supaya anda tidak terkeliru untuk mengisi nilai yang betul terutamanya sewaktu memohon pinjaman peribadi, pinjaman perumahan/LPPSA mahupun pinjaman kereta.

Maksud Gaji Kasar, Gaji Bersih dan Gaji Pokok

Gaji Pokok:

  • Gaji tetap yang diberi dan TIDAK termasuk elaun.
  • Gaji pokok juga dikenali sebagai Gaji Hakiki.
Gaji Kasar:

  • Gaji Pokok + Elaun
    (Contoh: Elaun Sara Hidup @ Cola, Elaun Khidmat Awam, Elaun Perumahan, Elaun Keraian dan sebagainya)
  • Gaji beserta elaun tanpa ditolak sebarang potongan
Gaji Bersih:

  • (Gaji Pokok + Elaun) – Potongan
  • Gaji beserta elaun yang telah ditolak potongan-potongan lain seperti cukaidan sebagainya

Contoh Gaji

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. okey dah faham, ingtkn bulan dpt duit tu jee kene fikir, hahahahhaa pening juga bile SA tny gaji bersih awak berapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: