Langgan newsletter kami!
Preloved Logo

Maksud Barang Preloved

Selalu kita nampak orang mengiklankan item dan menjual barang preloved di media sosial Facebook, Instagram dan laman jual beli popular seperti Carousell dan Mudah.my. Tapi tahukah anda apakah maksud barang preloved?

Preloved adalah perkataan English yang bermaksud “pernah disayangi”. Ia boleh ditakrifkan sebagai barang yang telah dimiliki sebelumnya dan akan berubah tangan, atau dalam istilah lain adalah secondhand.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penjelasan lain yang lebih luas mengenai barangan pre-loved, iaitu:

  • Barang yang kita beli sendiri dan telah menggunakannya beberapa kali;
  • Barang yang kita beli sendiri tetapi kita tidak pernah menggunakannya; dan
  • Barang hadiah dari orang lain tetapi tidak pernah kita digunakan.

Ketiga-tiga jenis barang yang disebutkan di atas adalah barang yang dapat dikategorikan sebagai ‘barang preloved’. Secara amnya, syarat standard bagi barangan preloved adalah berbeza-beza. Sesetengah orang berpendapat bahawa barang preloved adalah barang yang masih sesuai digunakan walaupun bukan dalam kondisi baru.

Terdapat juga orang yang mendefinisikan barang preloved mestilah barang berjenama. Sebenarnya, definisi barang preloved yang sangatlah luas, bukan hanya yang branded sahaja.

Preloved sendiri diambil dari kata ‘yang disukai’, bermaksud barangan yang kita sukai atau dengan kata lain barang yang berkualiti dan masih boleh digunakan. Kadang- kadang ada barang yang masih kita sayang dan masih berkeadaan elok tetapi sudah tidak kita gunakan. Jadi apa kita hendak buat? Kita boleh jual barang-barang tersebut pada orang lain.

Jadi apa kata anda semua, Prelovers?

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: