Lagu ‘Malaysia Bersih‘ dicadang untuk dinyanyikan dalam acara tertentu dan program rasmi kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, lagu itu akan dinyanyikan selepas nyanyian lagu Negaraku.
“Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) mencadangkan supaya lagu Malaysia Bersih dinyanyikan dalam acara-acara tertentu dan program rasmi kerajaan.”
“Kita akan nyanyikan lagu Negaraku disusuli dengan lagu Malaysia Bersih kerana kita ingin semai di dalam hati semua anggota kerajaan akan pentingnya kita bebaskan negara dari rasuah.”
“Ia supaya kita tidak lagi dikenali sebagai negara kleptokrasi dan kembali menjadi negara demokrasi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKKMAR kali ke-7 di sini. (Berita Harian, 19 Mac 2019)
Malaysia Bersih
[MUSIC INTRO]Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Harapan semua
Moga kita berjaya
Bagai negara
Yang kekal merdeka
Amanah bangsa
Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia bahagia
Asal budaya kita
Budi pekerti indah
Amanah jujur
Amalan kita
Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta
Kita bina negara
Perangi rasuah
Kita satukan hati
Demi ibu pertiwi
Keutuhan jiwa
Membina nurani
Moga kita terus disanjungi
Harapan semua
Moga kita berjaya
Sebagai negara yang kekal merdeka
Kini masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta
Malaysia bersih
Harapan kita
Malaysia bersih
Harapan kita