Langgan newsletter kami!
Beauty Girl Cartoon

Ladies, Rancang Jadual Penjagaan Kecantikan Anda!

Hai semua, bagaimanakah keadaan anda selepas seminggu tahun baru ini? Saya harap anda masih bersemangat untuk mencapai azam tahun baru anda.

Pernahkah anda merancang jadual kecantikan anda? Ya, kecantikan pun ada jadualnya. Bagi anda yang sering mendapatkan rawatan kecantikan di pusat-pusat kecantikan atau klinik, anda memang sudah melakukan hal ini. Syabas!

Tetapi bagi anda yang tidak pernah terfikir untuk merancang jadual kecantikan anda, mari saya kongsikan cara-cara untuk melakukannya.

Rancang jadual kecantikan

Adakah anda ingin memiliki planner khusus untuk kecantikan atau adakah anda ingin memasukkannya dalam planner yang sedia ada?

Jika anda ingin planner khusus, anda boleh merekanya sendiri dengan tangan atau komputer. Anda hanya perlu menyiapkan jadual selama 31 hari dan menghantarnya untuk laminate yang boleh ditulis dengan pen marker dan dipadam untuk digunakan semula setiap bulan.

Jika anda ingin memasukkan aktiviti kecantikan anda dalam planner yang sedia ada, anda boleh menggunakan pen yang berlainan warna misalnya merah jambu untuk membezakannya dengan urusan lain.

Kemudian, anda akan merancang aktiviti kecantikan anda seperti perkara-perkara di bawah:

Rutin kecantikan harian

Apakah rutin wajib anda setiap hari? Sudah semestinya untuk membersih dan melindungi kulit anda, bukan? Masukkan rutin ini di dalam jadual anda. Sebagai contoh:

[infobox style=”alert-success”]

AM: Membersih, memakai losyen pelindung matahari, bersolek

PM: Membersih, memakai krim malam

[/infobox]

Waktu senyap

Waktu senyap adalah waktu anda mengosongkan fikiran agar emosi anda tidak terbeban dengan urusan di tempat kerja atau urusan keluarga. Ianya penting untuk anda masukkan dalam jadual kecantikan anda sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Inilah waktunya anda berbaring atau duduk bersandar sambil memejamkan mata tanpa diganggu oleh sesiapa dan sesuatu.

Sesetengah orang menjadikan amalan agama sebagai waktu senyap mereka iaitu dengan bersolat dan berzikir. Anda perlu memasukkan waktu senyap ini di dalam jadual anda mengikut kesesuain cara hidup anda.

Rutin kecantikan mingguan

Sekali dalam seminggu, anda boleh melakukan aktiviti penjagaan diri ini dengan sendiri di rumah iaitu memotong kuku, memakai masker wajah, melulur badan, merawat rambut, dan mencuci peralatan kecantikan seperti berus solekan dan sikat. Sebagai contoh:

[infobox style=”alert-success”]

Jumaat pagi: Memotong kuku

Sabtu pagi: Memakai masker wajah

[/infobox]

Jika anda menetapkan satu hari dalam seminggu untuk melakukan kesemuanya pun tidak menjadi masalah. Anda boleh menamakan hari tersebut sebagai ‘beauty day’ dan anda dapat meluangkan masa yang cukup untuk membelai diri anda.

Rutin kecantikan bulanan

Kebiasaanya, rutin kecantikan bulanan memerlukan anda untuk keluar dari rumah bagi mendapatkan khidmat mereka yang profesional sama ada jurukecantikan mahupun doktor kecantikan.

Bergantung pada keperluan anda, antara aktiviti penjagaan kecantikan tersebut ialah rawatan muka, urutan badan, bertangas, dan macam-macam lagi. Rutin-rutin ini penting untuk mengekalkan kesegaran diri anda yang telah bertungkus lumus bekerja dan menguruskan keluarga.

Seronoknya menjadi wanita!

Setiap wanita dikurniakan naluri untuk suka mencantikkan diri, cuma mungkin kerana kesibukan yang anda lalui, anda sudah tidak kuasa lagi untuk memberi ganjaran kepada diri anda sediri. Jika benar andaian saya ini, saya harap anda dapat mengubah persepsi itu dan memberi peluang kepada diri anda untuk dijaga rapi. Jangan malas untuk menjaga tubuh badan yang telah Tuhan pinjamkan kepada kita ini. Jika bukan anda yang menghargai diri sendiri, siapa lagi yang akan melakukannya untuk anda?

Beauty Schedule For Busy Young Wives

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: