Langgan newsletter kami!

Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina

Kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah, telah mencetuskan gelombang solidariti dan desakan untuk siasatan telus daripada seluruh rakyat Malaysia.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, akibat kecederaan parah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Berikut adalah kronologi penuh kes Zara Qairina yang telah dirangkum berdasarkan laporan media, kenyataan rasmi pihak berkuasa, dan perkembangan di media sosial.


16 Julai 2025 – Awal Insiden

3.00 pagi – Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran blok asrama perempuan tingkat tiga.

  • Kejadian berlaku ketika kebanyakan pelajar lain masih berjaga.
  • Tiada jeritan atau saksi langsung, dan tiada CCTV disahkan berada di lokasi kejadian.

8.16 pagi – Polis menerima laporan mengenai insiden tersebut.

  • Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.
  • Dilaporkan mengalami kecederaan dalaman yang serius, kaki dan tangan patah.
  • Waris dimaklumkan bahawa Zara berada dalam keadaan koma.
Artikel berkaitan:  Apa Maksud Inkues? Proses, Tujuan & Contoh Kes di Malaysia

17 Julai 2025 – Pemergian Zara Qairina

  • Waris membuat keputusan untuk menghentikan bantuan hayat selepas doktor mengesahkan tiada lagi fungsi otak.
  • Laporan polis rasmi dibuat oleh waris kedua yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
  • Jenazah disolatkan dan dikebumikan di kampung halaman Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

18 Julai 2025 – Kes Tular di Media Sosial

  • Pemergian Zara mula menjadi tular di media sosial, dengan dakwaan ia berkait dengan kes buli.
  • Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa tindakan tegas terhadap insiden buli jika benar berlaku.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memaklumkan bahawa siasatan polis masih berjalan.
  • Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengesahkan kejadian tersebut.

20–24 Julai 2025 – Desakan dan Solidariti

  • 20 Julai – Waris membuat laporan tambahan terhadap pengetua yang didakwa menghalang laporan awal. Surat rasmi dihantar kepada sekolah menuntut penjelasan.
  • 21 Julai – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, menziarahi keluarga Zara.
  • 24 Julai – Tanda pagar #JusticeForZara mula trending di media sosial, mencetuskan gelombang solidariti di seluruh negara.

25–31 Julai 2025 – Reaksi Pihak Berkuasa

  • 25 & 26 Julai – Kementerian Pendidikan beri jaminan siasatan telus.
  • 29 Julai – Bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha menafikan pembabitan dalam insiden ini.
  • 31 Julai – Polis Sabah memanggil 60 orang saksi dan tidak menolak kemungkinan unsur buli.
Artikel berkaitan:  Cara Hilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

1–5 Ogos 2025 – Pendedahan Peguam

  • 1 Ogos – Peguam keluarga dedahkan tiada bedah siasat dilakukan selepas kematian.
  • 3 Ogos – Peguam mengesahkan terdapat kesan lebam pada belakang badan Zara. Barang peribadi mangsa belum diambil oleh polis.
  • 5 Ogos – Peguam mendakwa terdapat kelemahan dalam laporan penuh siasatan PDRM dan memohon kertas siasatan dibuka semula, termasuk cadangan gali kubur untuk bedah siasat semula.

6–8 Ogos 2025 – Permohonan Gali Kubur

  • 6 Ogos – Peguam menafikan dakwaan sensasi bahawa Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh.
  • 7 Ogos – Laporan siasatan dikembalikan semula kepada polis.
  • 8 Ogos – Mahkamah arah gali kubur Zara. Solidariti diadakan di beberapa daerah Sabah.

9–10 Ogos 2025 – Bedah Siasat Semula

9 Ogos – Kubur digali jam 5.30 petang. Jenazah dibawa ke HQE I untuk CT Scan.

10 Ogos – Bedah siasat bermula jam 11 pagi dan selesai 7.30 malam. Jenazah dikebumikan semula di Kampung Mesapol Lama, Sipitang.

  • Himpunan solidariti diadakan di Labuan, Putatan, dan Sipitang.
  • Sultan Pahang dan Kerajaan Negeri Sabah mengarahkan majlis doa dan tahlil untuk Allahyarhamah.

11 Ogos 2025 – Perkembangan Terkini

  • Peguam mengesahkan wujud kecederaan pada jasad seperti yang tular.
  • Keluarga mempertimbangkan untuk memohon inkues bagi mencari kebenaran.
  • Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, menuntut siasatan telus tanpa pilih kasih.
  • Pasukan khas Bukit Aman mengambil alih siasatan.
  • Peguam keluarga memilih untuk menunggu laporan rasmi bedah siasat sebelum memberi komen lanjut.

Penutup

Kes kematian Zara Qairina telah menarik perhatian seluruh negara kerana melibatkan persoalan besar tentang keselamatan pelajar di asrama, kemungkinan kes buli, dan prosedur siasatan kematian. Dengan siasatan kini diambil alih oleh Bukit Aman serta cadangan inkues, rakyat Malaysia menunggu jawapan yang telus dan adil demi keadilan untuk Allahyarhamah.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *