Suatu hari, Uncle Bob (bukan nama sebenar) dijemput menghadiri ke satu majlis perkahwinan di sebuah hotel.
Ketika sampai di lobi hotel tersebut, dia melihat ada 2 pintu.
- Pintu pertama tertulis “Untuk keluarga pengantin lelaki”
- Pintu kedua tertulis “Untuk keluarga pengantin perempuan”
Uncle Bob masuk melalui pintu keluarga pengantin lelaki.
Dia berjalan lagi dalam 10 meter dan melihat ada 2 pintu lagi.
- Pintu pertama tertulis “Untuk tetamu lelaki”
- Pintu kedua tertulis “Untuk tetamu perempuan”
Kemudian Uncle Bob masuk melalui pintu untuk tetamu lelaki.
Ia berjalan dalam 10 meter lagi, lalu melihat ada 2 pintu lagi.
- Pintu pertama tertulis “Untuk yang membawa hadiah pengantin”
- Pintu kedua tertulis “Untuk yang tidak membawa hadiah untuk pengantin”
Uncle Bob masuk melalui pintu yang tidak membawa hadiah untuk pengantin.
Uncle Bob berjalan lagi dan melihat ada 2 pintu lagi.
- Pintu pertama tertulis “Untuk yang membawa wang dalam sampul”
- Pintu kedua tertulis “Untuk yang tidak membawa wang dalam sampul”
Uncle Bob berkata dalam hati:
“Syukurlah, ternyata ada ruang juga untuk yang datang dengan TANGAN KOSONG”
Lalu Uncle Bob memilih untuk melalui Pintu ke 2.
Kemudian Uncle Bob berjalan beberapa langkah dan ternyata yang dia sudah berada di luar hotel tersebut.
Kasihan Uncle Bob tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan tersebut kerana telah salah memilih pintu dan tidak membawa hadiah ataupun wang dalam sampul.
Hikmah di sebalik cerita di atas bukanlah tentang membawa hadiah atau wang dalam sampul apabila pergi ke majlis perkahwinan. Hikmah di sebalik cerita ini ialah tentang kita yang dalam perjalanan ke alam akhirat, apakah jalan ke akhirat yang kita pilih dan apakan bekalan yang akan kita bawa?
Janganlah kita ke akhirat dengan memilih jalan yang salah dan tiada membawa apa-apa bekalan dan menyesal akhirnya. Beringatlah dan berhati-hati di dalam membuat keputusan. Semoga kita mendapat manfaat daripada kisah di atas. Renung-renungkanlah dan selamat beramal soleh. ❤