Langgan newsletter kami!
Gambar Buah Delima

Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan dan Kecantikan

“Putih-putih melati.. merah-merah delima.. siapa yang baik hati, pastiku terima.”

Pernah dengar tak lirik lagu di atas? Itu adalah lirik lagu Putih Putih Melati dari ST12. Hai, lagu pun ada masukkan nama buah delima. Apa yang menarik dengan buah ini? Apakah kebaikan dan khasiat buah delima ini?

Dari segi sains, buah delima ataupun pomegranate memang terbukti memiliki pelbagai nutrisi yang baik untuk manfaat tubuh badan manusia. Antara kandungan yang terdapat dalam buah delima adalah;

  • Memiliki kandungan anti-oksida yang sangat tinggi.
  • Memiliki kadar vitamin C yang sangat tinggi di samping vitaman lain seperti A, B1, B2 dan B3.
  • Memiliki kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi dan banyak lagi.

Kebaikan buah delima juga ada di sebut dalam Al-Quran seperti berikut:

[infobox style=”alert-success”]

“Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”
(QS. Ar-Rahman: 68-69)

[/infobox] [infobox style=”alert-success”] “Dan Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak. Dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan perhatikan pulalah kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang beriman.”
(QS. Al-An’aam: 99)
[/infobox] [infobox style=”alert-success”]

“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”
(QS. Al-An’aam : 141)

[/infobox]

Khasiat Buah Delima Untuk Kecantikan

  1. Mengembalikan sel kulit, melindungi epidermis, membantu pembentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
  2. Melindungi kulit dari cahaya matahari dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu terdedah dengan cahaya matahari.
  3. Melambatkan proses penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka serta mengekalkan awet muda pada wajah, seterusnya merawat kulit wajah yang kering, berjerawat dan berminyak.
  4. Meminum air jus delima juga boleh menguatkan akar rambut dan mengelakkan masalah keguguran rambut.

 

Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan

  1. Menghilangkan radikal bebas dari dalam badan kerana buah delima mengandungi anti oksidan yang tinggi.
  2. Melindungi kesihatan jantung dan mengurangkan masalah saluran darah.
  3. Membantu melawan kanser seperti kanser payu dara, prostat dan kulit.
  4. Membantu sistem penghadaman, seterusnya merawat sembelit.
  5. Meningkatkan selera makan serta menyembuhkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dalam badan.
  6. Membantu peredaran darah, mengurangkan berat badan, mengawal kadar gula dalam darah, mengawal tekanan darah, menghalang pembentukan plak pada mulut.
  7. Mengurangkan risiko mati pucuk dan merawat kanser prostat (untuk lelaki).
  8. Memberi kesihatan ketika mengandung dan mengurangkan risiko kanser payu dara (untuk perempuan).

Isi Buah Delima Merah

Pomegranate

About Marina

Berpendidikan agama dari UNISZA dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang beliau ada untuk manfaat komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: