Biodata Mardiana Alwi
- Nama Penuh: Mardiana Alwi
- Nama Popular: Mardiana Alwi
- Pendidikan:
– Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
– Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama di Fakulti Drama, Universiti Malaya (UM) – terhenti pengajian bagi memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan - Umur: 28 Tahun (2016)
- Asal: Kuala Selangor
- Tarikh Lahir: 7 Mei 1988
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Kerjaya: Pelakon dan Pengacara
- Drama: Fajar Di Bukhara, Cinta Nasi Ambeng, Gerak PGM, Buaian Kasih, Assyura, Cinta Kau Dan Aku, Warkah Cinta, Cinta Dan Wahyu, Darjat, Mr Grey
- Teater: Impak Maksima, Sri Mersing, Bukan Dejavu, Intan Yang Tercanai, Bangsawan Tun Fatimah Srikandi Melaka dan Nyonya & The Gang
- Telefilem: Alah Emak Kahwinkan Aku, Mahligai Kaca, Anugerah Terindah, Aku Isterinya, Sheikh Gugel ya Al Masehi
- Filem: Hari Hari Terakhir Seorang Seniman, Mimpi Anak Pulau
- Pengacara TV: Gaya Anggun – 13 episod di TV1
Media Sosial Mardiana Alwi
- Facebook Mardiana Alwi: https://www.facebook.com/mardiana.alwi2
- Twitter Mardiana Alwi: https://twitter.com/mardiana_alwi
- Instagram Mardiana Alwi: https://instagram.com/mardiana_alwi
Perkara Menarik Tentang Mardiana Alwi
- Karier seni Mardiana Alwi bermula dalam bidang nyanyian semasa berumur 10 tahun.
- Mardiana Alwi seterusnya seringkali terlibat dalam persembahan bersama Yayasan Warisan Johor untuk Keroncong Diraja Johor.
- Walaupun kurang dikenali sebelum ini, Mardiana Alwi telah lama menjadi anak seni industri hiburan tanahair. Beliau pernah menjadi Juara Pertandingan Ghazal Kebangsaan & Remaja Johor, Juara Pertandingan Nona Anggun 2003, Naib Juara Pencarian Model I-Remaja.
- Beliau juga pernah menjadi Juara Bintang Klasik Nasional N.Sembilan 2009 dan mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan nyanyian Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada tahun 2009.
- Mardiana Alwi pernah mempunyai album Kompilasi Impian berkonsepkan Pop Komersial pada tahun 2011 dengan lagu single Selamat Jalan.
- Pada 8 Ramadhan 2014, Mardiana Alwi telah melakukan transformasi dengan beralih kepada pemakaian hijab dan bertudung.