Langgan newsletter kami!
Hati Unta Kering Dari Mekah Dan Madinah

Kelebihan Hati Unta Untuk Kesihatan

Unta adalah haiwan yang unik kerana ia hanya boleh hidup di padang pasir. Haiwan ini boleh bertahan selama 8 hari dengan tidak makan atau minum kerana ia mempunyai rizab makanan yang disimpan di dalam bonggolnya. Unta biasanya mempunyai jangka hayat sekitar 30 tahun hingga 50 tahun. Namun tahukah anda bahawa bahagian badan unta ini mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Antaranya adalah hati unta.

Hati unta adalah bahan yang sukar untuk diperolehi dan hanya terdapat di negara-negara yang memiliki padang pasir seperti Arab Saudi. Ramai jemaah dari pelbagai negara datang ke negara Arab Saudi dengan tujuan untuk melaksanakan ibadah umrah dan haji namun pada masa yang sama pergi ‘shopping’ pelbagai barangan yang tidak terdapat di negara mereka. Hati unta kering Mekah dan Madinah boleh didapati dengan harga RM10.00 – RM20.00 untuk setiap 50 gm.

Manfaat Hati Unta

1. Merawat Asma

Asma adalah penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan. Asma sering dirujuk sebagai sesak nafas. Orang yang menderita penyakit asma akan secara tiba-tiba mengalami sesak nafas jika ia menyerang. Bahaya asma yang teruk, jika tidak dibantu, boleh menyebabkan kematian.

Hati unta adalah ubat yang paling berkesan untuk mengubati asma. Hati unta sememangnya sukar dicari kerana ia hanya wujud di negara-negara yang menjadi habitat untuk unta, iaitu padang pasir, sehingga menjadikan harganya mahal.

Hati unta yang dijual di pasaran terbahagi kepada hati unta basah dan hati unta kering. Namun kebanyakan hati unta yang dijual adalah dalam bentuk kering kerana ia tahan lebih lama.

Jadi, bagaimana cara untuk memakan hati unta bagi merawat penyakit asma? Anda boleh menggoreng hati unta menggunakan sedikit minyak atau anda boleh dengan membakarnya. Kemudian tumbuklah ia sehingga menjadi serbuk. Ambil dua kali sehari dengan sukatan satu sudu.

2. Mengubati Sakit Lelah dan Menambah Tenaga

Hati unta juga mempunyai faedah mengubati penyakit cepat lelah dan penambah tenaga. Kandungannya yang kaya dengan manfaat nutrisi dapat menggantikan tenaga yang hilang di dalam tubuh badan manusia.

Cara yang terbaik adalah dengan menggoreng hati unta yang basah menggunakan sedikit minyak tanpa menambah apa-apa bahan atau rempah ratus agar keasliannya terpelihara. Anda juga boleh hati unta yang telah digoreng dan ditumbuk sehingga halus dengan air suam. Tunggu beberapa minit sehingga air menjadi sedikit hitam, kemudian minum air tersebut.

3. Merawat Batuk

Selain merawat asma dan menambah tenaga, hati unta juga berkhasiat dalam merawat batuk. Batuk sememangnya merupakan penyakit yang tidak berbahaya, tetapi jika dibiarkan berterusan, ia akan mengganggu aktiviti seharian malahan boleh mendorong kepada penyakit yang lain pula.

Untuk merawat batuk, goreng hati unta, tumbuk halus dan kemudian masukkannya dengan air suam. Minum 3 kali sehari sehingga batuk anda berkurang dan seterusnya sembuh sepenuhnya.

Hati unta adalah ubat yang mempunyai sifat yang berkesan tanpa menyebabkan kesan sampingan yang buruk untuk kesihatan. Ia juga selamat dimakan oleh semua orang dan peringkat umur, tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.

Hati Unta Basah (Dibakar)

Hati Unta Kering Dari Mekah Dan Madinah

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: