Datuk Seri Vida (DSV) – nama yang sangat sinonim dengan gelaran usahawan wanita berjaya, kaya-raya, glamour dan trending. Apa jua yang beliau lakukan pasti akan mendapat perhatian masyarakat di Malaysia. Tidak hairanlah beliau digelar sebagai diva dalam semua perkara yang diceburinya baik dalam bidang perniagaan mahupun industri seni.
Kekayaan Datuk Seri Vida tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Ada yang berkata beliau seorang yang menunjuk-nunjuk dan riak. Tak kurang juga yang mencemuh dan cuba menjatuhkan beliau dengan komen-komen negatif di media sosial. Namun walau apapun yang berlaku, Dato Seri Vida tetap dengan gaya dan sedikit pun tidak terkesan dengan pelbagai perkara negatif yang dilontarkan kepada beliau. Malahan anak Dato Seri Vida, Cik B juga pernah dipandang serong sedemikian rupa. Inilah sifat kental yang menjadikan Dato Seri Vida unik dan terus berjaya. Tahniah diucapkan!
Dikongsikan beberapa gambar kemewahan Datuk Seri Vida yang akan membuatkan anda semua terlopong!
- Datuk Seri Vida dengan jam tangan mewah Chopard watch berharga RM100,000 untuk dihadiahkan kepada anaknya Cik B.
- Datuk Seri Vida bermandi duit dan barang perhiasan untuk “I Am Me” (belanja klip video cecah RM1 juta!)
- Koleksi barang kemas, berlian, aksesori wanita dan handbag berjenama bernilai jutaan ringgit milik Datuk Seri Vida.
- Koleksi kereta mewah warna putih (Qu Puteh kann!!) milik Datuk Seri Vida
- Motosikal Harley-Davidson bernilai RM300,000 tersadai begitu saja.
- Ini pula gambar kereta sport Lamborghini milik Datuk Seri Vida.