Negara kita kian dilanda krisis yang berterusan disebabkan kemerosotan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap barisan pemimpin yang sedia ada.
Mereka yang lantang bersuara mempertahankan situasi ini mengatakan bahawa tiada gunanya kita bergabung tenaga untuk menegaskan perlunya perubahan dan pembaruan. Mereka katakan bahawa tidak kiralah baik atau buruk seorang pemimpin itu, rakyat tidak berhak untuk menentangnya. Mereka sanggup berkata bahawa berbuat demikian adalah bertentangan dengan agama.
Adakah ini benar? Cuba anda fikirkan.
Suara rakyat yang marah semakin kuat dan lantang tidak dipedulikan oleh mereka. Mengapa? Kerana mereka hanya pedulikan kepentingan diri sendiri sahaja. Kita tahu. Mereka tidak fikirkan mengenai Malaysia ataupun kebajikan rakyatnya.
Kita menyelamatkan negara tercinta kita dari mereka. Itulah jawapannya.
Cukuplah.
Sudah terlalu lama kita dilanda rasa malu akibat skandal penyelewengan kewangan yang begitu ketara dan kepimpinan negara yang tidak berkesan.
Cukuplah.
Inilah negara kita. Marilah kita bergabung suara untuk menuntut perubahan dan membina negara Malaysia yang lebih baik.
Sertailah kami dengan menandatangani petisyen ini.
Layarilah: http://change.org/p/prime-minister-dato-seri-najib-razak-quit
Azrul Mohd Khalib
Kuala Lumpur, Malaysia