Langgan newsletter kami!

“Jangan Main Petik, Bukan Dia!” – Kak Ton Nafi Isteri Riezman Khuzaimi Hantar Sihir

Kak Ton Nafi Isteri Riezman Khuzaimi Hantar Sihir

Nama isteri kepada pelakon Riezman Khuzaimi, iaitu Datuk Azie Sheikh Mohd, tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dikaitkan sebagai individu yang didakwa menghantar sihir kepada usahawan terkenal, Dr Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.

Namun, tampil menafikan dakwaan tersebut, Kak Ton, 67, menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan sama sekali tidak benar.

“Bukan dia! Dia tiada kena mengena dengan saya. Kami tak pernah kenal. Saya cuma pernah nampak suami dia berlakon dalam drama dulu-dulu. Isteri dia pun saya tak pernah tahu kewujudannya,” katanya kepada mStar.

Menurut Kak Ton, dia sendiri tidak pernah mendedahkan identiti sebenar individu yang dipercayai menghantar sihir kepadanya, malah tidak pernah berkongsi perkara itu dengan ahli keluarga atau anak-anak.

Katanya, segala dakwaan yang tersebar hanyalah spekulasi netizen yang terlalu ingin mengetahui siapakah pelaku sebenar.

“Netizen yang sengaja menulis macam-macam sampai timbul fitnah. Saya tak pernah sebut nama sesiapa. Hanya saya, Allah, dan orang itu sahaja yang tahu.

Saya selalu pesan, jangan buruk sangka dengan sesiapa. Saya tak pernah kaitkan nama individu pun,” jelasnya.

Kongsi pengalaman, bukan menuduh

Kak Ton menjelaskan, perkongsiannya mengenai penderitaan akibat sihir hanyalah untuk memberi kesedaran tentang kewujudan ilmu hitam, bukan menuding jari kepada mana-mana individu.

“Perkara macam ini tak boleh main petik nama orang, itu berdosa. Saya bercerita kerana mahu orang ramai tahu sihir itu wujud dan kita perlu berhati-hati,” katanya lagi.

Sebelum ini, Riezman, 55, turut menolak dakwaan melibatkan isterinya dan menyifatkannya sekadar komen liar netizen.

Artikel berkaitan:  Drama Pengantin 1 Malam (TV3)

Kak Ton Dedah Pernah Disihir Pengasas Produk & Staf Sendiri

Dalam satu episod podcast Sembang Seram, Kak Ton mendedahkan pengalaman menakutkan apabila mendakwa pernah diganggu oleh seorang pengasas produk serta seorang bekas stafnya sendiri.

Menurutnya, pengasas itu sering mengikuti lokasi penggambaran yang dihadirinya tanpa sebab jelas.

“Ketika penggambaran Wanita Hari Ini di sebuah hotel, saya pelik bagaimana dia boleh berada di situ. Saya tengah bersolek, tiba-tiba pekerjanya tawaf keliling saya tujuh kali. Masa nak keluar, saya nampak mereka berdiri di pintu hotel dan saya rasa seperti dihantar sesuatu,” ceritanya.

Akibat kejadian itu, Kak Ton berubah sikap dan akhirnya membuat keputusan mengejut untuk membatalkan kontrak dua tahun bersama stesen TV.

Tidak lama selepas itu, beliau turut mendakwa mengalami gangguan lain apabila salah seorang stafnya dikatakan menghantar sihir sehingga berlaku kejadian mistik di pejabat.

“Saya kena tindih, kemudian staf lain beritahu dia ke Indonesia sembelih ayam hitam. Esoknya, ada cermin jatuh dan bila saya naik ke tingkat tiga, saya nampak seolah-olah ada sebuah keluarga sedang duduk di sofa dalam bilik teater – macam tengok TV, padahal TV tak buka pun,” ujarnya.

Mimpi & bayangan

Tambah Kak Ton, meskipun insiden itu sudah lama berlalu, kesannya masih meninggalkan trauma.

“Setiap kali tidur saya sering mimpi orang itu. Kadang-kadang selepas solat pun saya nampak kelibat dia. Cuma sekarang sudah tidak lagi. Dia masih aktif sebagai pengasas, tapi saya tak ambil tahu lagi,” katanya.

Kak Ton menegaskan, meskipun pernah jatuh kerana perbuatan sihir, beliau reda dan yakin setiap yang berlaku mempunyai hikmah.

Artikel berkaitan:  Biodata Haqiem Rusli, Penyanyi Lagu Segalanya

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *