Semenjak beberapa hari lalu, video duet melalui aplikasi karaoke Smule antara Khai Bahar dan Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter, Whatsapp dan WeChat. Lagu Memori Berkasih nyanyian asal Siti Nordiana dan Achik Spin yang dimuatnaik oleh Khai sendiri sejak 16 April 2016 lalu, kini telah ditonton melebihi satu juta pengunjung di YouTube.
Siapakah dia Khai Bahar? Khai Bahar, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul ialah seorang penyanyi busking di sebuah restoran di Sarawak. Beliau yang berumur 22 tahun mengakui tidak menyangka lagu duetnya itu membuatkan telah dirinya dikenali ramai. Lantaran hal itu, tuahnya terus bersinar dengan lamaran syarikat rakaman NAR Records untuk menjadi artis rakaman mereka dengan kontrak 2 tahun.
“Sebelum ini saya memang sudah mempunyai laman sosial sendiri di YouTube dan sering memuat naik video karaoke.”
Bercerita kepada Media Hiburan, Khai memberitahu yang dia sebenarnya pernah mencuba nasib untuk mengikuti pertandingan nyanyian popular Akademi Fantasia sebanyak dua kali namun gagal. Tahniah Khai Bahar kerana impiannya untuk menjadi artis rakaman termakbul jua. Moga terus berjaya di masa akan datang.