Langgan newsletter kami!
Hyggelife Candles

Hygge Life dan Bagaimana Mengamalkannya Dalam Rutin Kecantikan?

Apa itu hygge life? Hygge merupakan perkataan Danish yang membawa maksud mencipta suasana mewah, selesa dan menggamit keingingan untuk berada di rumah bagi menikmatinya. Asalnya, hygge merupakan idea dekorasi dalaman tetapi dikembangkan dalam aspek lain kehidupan termasuklah rutin kecantikan.

Cara hidup hygge ini memberi seseorang peluang untuk benar-benar menikmati masa mereka melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, ia sangat baik untuk kepuasan diri seseorang kerana dapat berasa selesa dan seronok. Ini dia 5 cara anda dapat mengamalkan hygge dalam rutin kecantikan anda untuk hasil yang lebih memuaskan.

Cara Amalan Hygge Dalam Rutin Kecantikan

1. Guna produk penjagaan diri yang berkualiti

Produk yang berkualiti tidak semestinya mahal, tetapi anda harus memastikan pembuatannya menggunakan bahan yang terjamin supaya kulit anda hanya menyerap produk yang terbaik. Produk yang berkualiti bukan sahaja mencantikkan kulit anda, ia juga mengandungi bauan yang meyenangkan serta tekstur yang mewah sehingga anda terasa seperti dibelai.

2. Sempurnakan cucian wajah dan badan

Agar kulit anda benar-benar bersih daripada kotoran, ambil masa untuk membersihkan kulit anda, kedua-dua wajah dan badan. Urut lembut kulit anda dengan gerakan membulat selama satu minit di setiap bahagian. Kemudian, ambil masa untuk membilas pula agar sisa-sisa sabun tidak melekat pada kulit. Anda pasti akan berasa sangat segar.

3. Nikmati rendaman badan sekerap yang boleh

Dengan pelbagai bahan yang tersedia di pasaran, anda hanya perlu memilih rendaman badan mengikut keadaan diri sama ada ingin menghilangkan kelesuan, melembapkan kulit atau yang lain-lain. Jika tidak mempunyai bath tub di rumah, anda hanya perlu membeli tong simpanan air yang muat dengan badan anda dan berendam di dalamnya. Hanya 20 minit seminggu, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berendam lagi setelah melakukannya sekali. Ia benar-benar menjadikan diri anda relaks dan tenang.

4. Masking wajah anda

Masker wajah dan badan, sama ada perlu dibancuh sendiri atau sedia diguna adalah bekalan nutrisi yang baik untuk kulit anda. Sekali penggunaan sudah dapat memberikan hasil pada kulit, apatah lagi jika kerap digunakan. Jika anda tidak mahu terasa menunggu lama, lakukan hal lain semasa bermasker seperti menonton tv, mendengar lagu atau membaca.

5. Segarkan mood dengan aromaterapi

Aromaterapi memang berkesan untuk menukar mood anda. Dapatkannya dalam bentuk titisan essential oil pilihan anda atau dalam bentuk lilin yang bukan sintetik. Bauan sintetik boleh membahayakan kesihatan pernafasan anda, jadi cuba elakkannya.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: