Langgan newsletter kami!

Hukum Rawatan Bariatrik Menurut Ustaz Azhar Idrus

“Bariatrik halal dilakukan kerana penyakit, haram jika semata-mata untuk cantik.” – itulah penegasan yang diberikan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, ketika ditanya mengenai hukum prosedur pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai pembedahan potong usus.

Menerusi satu video yang dikongsikan semula di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum bagi prosedur bariatrik ini terbahagi kepada dua keadaan – halal dan haram – bergantung pada niat serta tujuan ia dilakukan.

Halal Jika Untuk Rawatan Penyakit

Menurut beliau, prosedur bariatrik dibenarkan dalam Islam jika dilakukan kerana faktor kesihatan atau penyakit. Sebagai contoh, pesakit obesiti melampau yang berdepan risiko tinggi seperti kencing manis, sakit jantung atau tekanan darah tinggi dibolehkan menjalani pembedahan ini bagi tujuan merawat dan menyelamatkan nyawa.

“Melakukan pembedahan potong usus ada dua hukum. Pertama halal, kedua haram. Halal apabila dilakukan kerana penyakit,” jelas beliau.

Haram Jika Semata-Mata Untuk Cantik

Sebaliknya, jika tujuan utama pembedahan itu hanyalah untuk kecantikan dan penampilan fizikal semata-mata, maka hukumnya adalah haram. Ustaz Azhar turut mengaitkan hal ini dengan hukum rawatan pembedahan plastik atau implan badan yang dilakukan tanpa sebab kesihatan.

“Kalau kerana penyakit hukumnya harus, tetapi kalau untuk kosmetik atau cantik, hukumnya haram,” tegasnya lagi.

Pesanan Ustaz Azhar

Ustaz Azhar mengingatkan umat Islam agar berhati-hati dalam memilih rawatan moden. Jika ia bertujuan untuk memulihkan penyakit, Islam membenarkannya. Namun, sekiranya rawatan tersebut hanya untuk mengubah ciptaan Allah tanpa keperluan kesihatan, maka ianya dilarang.

“Kalau ada sakit, rawatlah. Tapi jangan merawat dengan cara yang haram,” pesan beliau.

Artikel berkaitan:  Adab Bersahabat Mengikut Islam

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *