Langgan newsletter kami!

Hati-hati Penyebab Wudhu Batal

Sebelum seseorang itu solat, maka dia wajib berwudhu. Berwuduk atau mengambil air sembahyang bermaksud meratakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Solat yang dilakukan tanpa wuduk adalah tidak sah.

Terdapat beberapa perkara yang membatalkan wudhu’ iaitu:

1. Terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul (kemaluan depan) atau dubur (kemaluan belakang)

  • Ini termasuklah keluar air kencing, air besar, darah atau kentut

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya.

  • Tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wudhu’

3. Hilang akal

  • Dengan sebab mabuk, sakit, gila atau pengsan secara sengaja ataupun tidak

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram

  • Bersentuh kulit bermaksud tanpa alas atau lapik
  • Bersentuhan gigi, kuku dan rambut tidak membatalkan wudhu. Begitu juga bebola mata dan tulang yang terkeluar, maka tidak mengapa disisi Imam Ibnu Hajar

5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas

  • Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal
  • Perkara ini hanya membatalkan wudhu orang yang menyentuh, tetapi tidak membatalkan wudhu orang yang disentuh kecuali yang menyentuh itu adalah dirinya sendiri maka batal wudhunya

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: 

Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.

Seorang yang berasal dari Hadral maut bertanya kepada Abu Hurairah: “Apakah hadas itu?” Abu Hurairah menjawab: “Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus”

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: