Langgan newsletter kami!

Hati-hati Dengan Tanda Awal Kanser

Kanser adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya yang seringkali dikaitkan dengan faktor genetik, keturunan dan juga cara pemakanan seseorang itu. Seringkali penyakit kanser ini menyerang ketika usia seseorang yang telah lanjut dan berakhir dengan risiko kematian jika ianya tidak dirawat segera. Namun yang menjadi masalah adalah ramai yang mendapatkan rawatan ketika penyakit kanser itu telah berada pada tahap akhir  ataupun disebut sebagai stage 4 yang mana tahap kerosakan adalah terlalu banyak dan amat sukar untuk diubati. Menurut kajian oleh pakar perubatan, terdapat 5 tanda awal atau simpton yang perlu diberi perhatian serius kerana kemungkinan besar ia adalah petanda permulaan penyakit kanser.

 

Simpton Awal Penyakit Kanser

Batuk yang berpanjangan dan disusuli suara serak
Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dengan gejala alergi. Namun bagitu, jika ia tidak segera sembuh, batuk berpanjangan dan disertai dengan darah, maka pesakit harus berwaspada kerana ia mungkin adalah petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut.

Kesakitan yang berlarutan tanpa sebabDoctor-working-on-a-laptop
Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Contohnya jika seseorang mengalami sakit kepala berterusan tanpa sebab, berkemungkinan ada kaitan dengan kanser otak. Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari.

Perubahan tahi lalat
Jika anda mendapati saiz tahi lalat pada kulit bertambah besar daripada saiz asal, segeralah lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Pendarahan abnormal
Pendarahan faraj yang tidak normal iaitu di luar kitaran haid boleh menjadi tanda awal kanser serviks, manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus. Jadi lakukan pemeriksaan lanjut jika berlaku pendarahan yang luar biasa.

Penurunan berat badan yang tidak normal
Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti. Namun, jika berat badan turun secara mendadak tanpa ada punca seperti berdiet atau bersenam, mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Pemeriksaan lanjut harus dilakukan segera.

Akhir kata, artikel ini bukan bertujuan menakutkan atau merisaukan sesiapa. Cuma sekadar untuk berkongsi informasi tentang kesihatan. Mungkin simpton-simpton yang dirasai itu cuma sakit biasa sahaja tapi tak salah kalau mendapatkan pemeriksaan awal. Mencegah itu selalunya lebih baik dari merawat.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: