Langgan newsletter kami!

Hadiah Terbaik Untuk..

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupa wang ringgit atau harta benda. Banyak cara lain untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang.

1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa
2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan
3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan
4. Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan
5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah
7. Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian
8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan
9. Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan
10. Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan
11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran
12. Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman
13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat
14. Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan di sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk hari esok.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: