Langgan newsletter kami!
Beautiful Glitter Makeup

Glitters! Trend Berkilau Untuk Wanita

Glitters! Hampir semua wanita pasti pernah menyukainya. Siapa yang tidak suka melihat kilauan yang memukau pandangan? Sewaktu kecil dulu saya sering bermain dengan gam glitters sebagai aktiviti kraf.

Tahukah anda musim cuti pada bulan Disember ini sinonim dengan trend berkilau tidak kiralah dari segi solekan, pakaian, mahupun perhiasan diri. Trend ini sangat mudah untuk diaplikasikan sebenarnya, malahan anda boleh tetap mempraktikkannya di luar musim cuti untuk ke mana-mana majlis. Mari saya tunjukkan cara-caranya.

 

Solekan Berkilau

Bagi mereka yang suka bersolek, inilah masanya untuk anda mencuba pembayang mata berkilau seperti dalam gambar berikut:

Pink Glitter Eyeshadow
Pink Glitter Eyeshadow

Satu hal yang anda perlu tahu mengenai solekan berkilau ini, ianya agak sukar untuk dibersihkan. Jadi, bersederhana bila menggunakan alat solek berkilau anda, ya? Usap mata anda dengan lembut untuk membersihkannya.

 

Pakaian Berkilau

Untuk anda yang gemar berfesyen, anda boleh mengenakan pakaian yang berkilau seperti skirt berpotongan ikan duyung dalam gambar di bawah ini:

Skirt Berpotongan Ikan Duyung

Pesanan saya, jika anda ingin memakai skirt yang membentuk tubuh badan, sebaiknya biarlah ia longgar sedikit agar anda kelihatan lebih sopan dan manis, ya?

 

Perhiasan Berkilau

Bagaimana pula jika anda tidak berani mencuba solekan dan pakain yang berkilau? Tak mengapa, perhiasan adalah jawapannya!

Anda boleh melengkapkan wajah atau pakaian yang polos dengan mengenakan beg tangan berkilau, cincin berkilau, ataupun kasut berkilau.

Perhiasan Wanita Yang Berkilau

Perhiasan anda yang berkilau ini harus dijaga agar kilauannya tidak hilang. Jadi setelah membersihkannya, simpan aksesori anda di tempat yang kedap udara secara berasingan. Cincin anda tidak boleh diletakkan sekali dengan gelang tangan anda, ya?

 

Trend berkilau untuk waktu malam

Sudah pasti seronok untuk menggayakan trend berkilau ini ke majlis-majlis yang anda hadiri tetapi anda harus tahu, trend berkilau ini sesuai digayakan apabila anda keluar ke majlis pada waktu malam. Barulah anda akan menyerlah di bawah sinaran lampu!

Semoga anda mendapat inspirasi daripada artikel ini dan semoga musim cuti anda lebih bermakna.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: