Langgan newsletter kami!
Kolong

Filem Kolong (2019)

Kolong adalah sebuah filem berunsurkan seram hasil gabungan artis Malaysia dan Indonesia. Ia dibintangi oleh Wan Raja dan Annie Arifin (Malaysia) sementara Vanessa Angel dan Luthya Sury Widjaya dari Indonesia.

Filem selama hampir 1 jam setengah ini diarahkan oleh Zul Abu Kassim. Ia diterbitkan oleh Madness Films dan Bentuk Pesona Sdn Bhd dan telah mula ditayangkan di pawagam pada 17 Oktober 2019.

Info Filem Kolong

  • Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2019
  • Genre: Seram & Misteri
  • Klasifikasi: P13
  • Durasi: 1 Jam 22 Minit
  • Idea: Shafirulnizam Dato Haron
  • Skrip: Ellyana Ahmad
  • Pengarah: Zul Abu Kassim
  • Terbitan: Madness Films & Bentuk Pesona Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Wan Raja, Annie Arifin, Luthya Sury Widjaya, Izzy Riff, Nor Albaniah, Joey Daud, Mamak Puteh, Vanessa Angel

Watak Pelakon Filem Kolong

  • Wan Raja sebagai Hairi
  • Luthya Sury Widjaja sebagai Suri
  • Annie Arifin sebagai Hanna
  • Izzy Riff sebagai Rudy
  • Joey Daud sebagai Dr Umar
  • Vanessa Angel sebagai Citra
  • Mamak Puteh sebagai Putih

Sinopsis Filem Kolong

Mengisahkan tentang Suri (Luthya Sury Widjaja), yang berhasrat untuk menjadi seorang pelakon namun tidak kesampaian selepas wangnya dilarikan seorang ejen pelancongan. Suri kemudiaannya terperangkap dalam hutang dan terpaksa melarikan diri dari buruan dua orang samseng yang mahu menuntut semula wang yang dipinjamnya.

Dia pulang ke kampung dan cuba mengambil geran tanah ibunya untuk membayar hutang tetapi hasratnya itu dihalang oleh adiknya Rudy (Izzy Riff). Rudy menyuruh Suri bekerja dengan Hairi (Wan Raja), seorang buta yang tinggal di sebuah rumah banglo di atas bukit.

Di banglo itu Hairi ditemani oleh doktor peribadinya iaitu Dr Umar (Joey Daud) dan Citra (Vanessa Angel). Sebelum ini pembantu yang diambil oleh Hairi hilang secara misteri kerana diganggu oleh roh arwah isterinya, Hanna (Annie Arifin) yang mati dalam kemalangan. Hairi menawarkan gaji yang tinggi kepada sesiapa yang boleh menjadi pembantunya.

Memikirkan bayaran yang tinggi dan berbekalkan pengalaman menjaga ibunya yang buta, Suri bersetuju untuk bekerja di rumah tersebut walaupun dia merasa seram ketika berada di rumah itu. Hairi melarang Suri memasuki bilik di bawah rumah di banglo itu. Menjangkakan di situlah Hairi menyimpan harta, Suri berpakat dengan Rudy dan Putih (Mamak Puteh) untuk menyamun Hairi.

Di malam kejadian 2 orang samseng yang mengekori Suri telah turut sama memecah masuk ke banglo itu. Rancangan mereka merompak gagal kerana semua pintu telah terkunci. Kelima-lima mereka cuba mencari jalan keluar. Mereka mahu melarikan diri tetapi terperangkap di dalam banglo yang mempunyai seribu misteri.

Berjayakan mereka melepaskan diri? Apakah kisah misteri yang menyelubungi di rumah tersebut?

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: