Langgan newsletter kami!

Fattah Amin & Amira Othman Tetap Jaga Solat Walaupun Sedang Honeymoon & Shooting

Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman, kini berada di luar negara atas urusan kerja dan berbulan madu. Walaupun jadual mereka padat dengan penggambaran di Switzerland dan United Kingdom, ada satu perkara yang tetap mereka utamakan iaitu menunaikan solat lima waktu.


Tour Guide Bongkar Sikap Terpuji FattMira

Menerusi perkongsian seorang tour guide yang menemani perjalanan mereka, sisi sebenar pasangan yang diberi jolokan FattMira ini akhirnya terbongkar. Beliau memuji sikap Fattah dan Amira yang tetap menjaga solat walaupun dalam keadaan sibuk, di lokasi yang tidak mempunyai surau mahupun kemudahan ibadah lengkap.

Dalam satu video pendek, pasangan yang baru sahaja disatukan pada 14 September lalu itu dilihat menunaikan solat di sebuah ruangan dipercayai dalam restoran.

Tour guide tersebut turut menitipkan pesanan penuh makna:

“Fattah Amin dan Amira Othman, cinta sampai ke syurga, insya-Allah.
Pengajaran untuk kita yang travel, walau di mana pun berada tiada alasan untuk tinggalkan solat. Terima kasih FA dan AO.”


Netizen Terharu Lihat Sikap Pasangan

Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai netizen. Sikap mereka menjaga solat sepanjang tempoh lawatan dianggap teladan yang wajar dicontohi. Malah, ada juga yang menyedari bahawa pasangan ini tidak berpegangan tangan ketika di luar kerana mahu menjaga wuduk masing-masing.

Artikel berkaitan:  Drama Pesan Pada Hati (TV3)

Antara reaksi netizen:

“Masya-Allah, saya pun segan tengok mereka. Patutlah ramai kawan Amira kata dia memang tak pernah tinggal solat.”

“Alhamdulillah, orang baik-baik tak perlu tunjuk. Orang sekeliling sendiri yang seronok nak kongsikan kebaikan mereka.”

“Fattah ni pun jaga wuduk Amira. Risau betul dia kalau Aca dekat dengan Amira, mesti ingatkan Aca yang isterinya ada wuduk.”

“Moga jadi contoh. Sebagai umat Islam, di mana pun berada solat tak boleh ditangguh walaupun bermusafir.”

Selain itu, ramai juga memuji cara Amira yang sentiasa menjaga aurat dan pakaiannya sepanjang tempoh pengembaraan tersebut.


Honeymoon & Kerjaya Serentak

Sebelum ke London, pasangan ini terlebih dahulu singgah di Zurich, Switzerland, untuk berbulan madu sambil bekerja. Perjalanan ini juga menjadi lebih bermakna kerana mereka baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35 pada tarikh pernikahan mereka.

Pada 14 September 2025, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang disempurnakan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Dari MV ke Jinjang Pelamin

Sekadar info, hubungan Fattah dan Amira mula rapat sejak awal tahun ini apabila kedua-duanya bekerjasama dalam muzik video lagu “Bila Nak Kahwin” nyanyian Amira Othman. Dari situ, persahabatan mereka berkembang menjadi cinta sehingga akhirnya berakhir di pelaminan.

Artikel berkaitan:  Biodata Artis Zarina Anjoulie

Inspirasi Pasangan Muda

Walaupun sibuk dengan kerjaya dan populariti, Fattah dan Amira tetap menunjukkan contoh bahawa ibadah tidak boleh dikompromi. Sikap mereka ini bukan sahaja membuatkan peminat lebih menghormati, malah menjadikan pasangan ini inspirasi buat ramai pasangan muda Muslim.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *