Langgan newsletter kami!
Drama Tq Captain

Drama TQ Captain (Astro Ria)

TQ Captain adalah sebuah drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran berbayar Astro Ria dan Ria HD melalui Slot MegaDrama. Drama terbitan Arie Zaharie Production ini adalah hasil adaptasi novel Tq Kapten! karya Qash Irdina. Ia dihasilkan dengan mendapat kerjasama dari Maritim Malaysia.

Drama ini dibintangi oleh aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid dan aktres cantik Mawar Rashid. Di samping itu suami Mawar, Raf Yaakob juga turut terlibat menjayakan drama bersiri ini di samping pelakon lain seperti Natrah Khalid, Mark Adam dan Tomok. Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan (Khan Mancung).

Info Drama TQ Captain

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: 9 Disember 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hingga 11 malam
  • Stesen TV: Astro Ria dan Ria HD (Slot MegaDrama)
  • Produksi: Arie Zaharie Production
  • Pengarah: Jamal Khan (Khan Mancung)
  • Senarai Pelakon: Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Natrah Khalid, Mark Adam, Tomok, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Fateha Khai, Jalaluddin Hassan, Safura Ya’cob

Watak Pelakon

  • Hisyam Hamid sebagai Leftenan Komander Adam
  • Mawar Rashid sebagai Mikayla Mirza
  • Mark Adam sebagai Zafrel
  • Raf Yaakob sebagai Leftenan Bazli
  • Fadhli Masoot sebagai Waliy
  • Harris Annuar sebagai Ziyad
  • Muntazar Ghani sebagai Naufal

Lagu Tema / OST

  • Judul Lagu: Fenomena
    Penyanyi: Tomok

Sinopsis Drama TQ Captain

Mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla pada asalnya merupakan seorang wartawan hiburan yang mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi.

Beliau telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut.

Ketika Mikayla menjalankan tugasan, beliau ditemukan dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.

Sinopsis Versi Novel

Mikayla Mirza atau Double M, si cantik jelita yang workaholic, aktif dan terkenal kerana kelincahan dan kepetahannya di hadapan kamera. Misinya menjadi kaya dan terkenal seperti Oprah Winfrey. Namun, realiti itu tidak seindah Instagram. Kerjanya bertimbun-timbun sehinggakan ibunya sering memetir di hujung talian memintanya agar selalu pulang ke kampung halaman di Cameron Highlands.

Insiden pertama dan memalukan menemukan dia dengan Kapten Dihya’, mat perang kacak bergaya di Hentian RnR. Tidak cukup dengan insiden itu, kapten itu juga menjadi hero menyelamatkannya. Cerita masam manis Mikayla dan Kapten Dihya’ berlarutan hingga ke Sungai Palas, Cameron Highlands. Semanis-manis aiskrim strawberi, manis lagi memori sewaktu mereka berdua sepanjang di kampung halaman Mikayla.

“Kerja nombor satu. Awak nombor dua.”- Kapten Dihya’

“Lupakan saja. Selagi kerja awak nombor satu.”- Mikayla

Mikayla menjunjung ego. Kapten Dihya’ angkat kaki. Masa itu, baru kenal erti rindu. Oleh kerana bumi ini bentuknya sfera, mereka asyik sahaja bertemu. Bercakar belum lagi, cuma bertikam lidah sahaja. Sekejap sayang, esok membenci. Tapi bila rindu, seorang asyik tengok WhatsApp sambil menangis tak berlagu, seorang lagi tiup seruling lagu Kamelia. Masuk angin keluar asap!

“Don’t you dare challenge me, Dihya’. Just because that I confessed my own feelings towards you lately, you buat I rasa macam perempuan murah. Go to hell with your pride and concern.” – Mikayla

“Pasal Mikayla, aku memang sayang kat dia. Cuma perasaan sayang ni aku serahkan kepada Allah. Apa yang kita sayang, biar Allah yang jaga.”- Kapten Dihya’

Ada rahsia yang perlu dibongkar. Kerana selagi itu, cinta antara Mikayla dan Kapten Dihya’ tidak akan bersatu sampai bila-bila. Tapi, siapakah yang akan membongkarkan rahsia itu? Bersatukah dua jiwa ini akhirnya?

Teaser

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: