Langgan newsletter kami!
Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi (TV3)

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi (TV3)

Seindah Tujuh Warna Pelangi adalah drama terbaru yang akan bersiaran mulai 24 Februari 2020 melalui Slot Akasia TV3. Ia akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 hingga 8.00 malam. Drama bersiri sebanyak 28 episod ini adalah drama adaptasi novel karya E-Man Sufi. Ia diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn. Bhd.

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Wilma Muhammad, Sahronizam Noor, Raja Afiq, Munira Iwan, Wanna Ali, Laila Nasir, Riz Amin, Wanns Ahmad dan Jalaluddin Hassan.

Info Drama

  • Episod: 28 episod
  • Tarikh Tayangan: 24 Februari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, jam 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV3 Malaysia (Slot Akasia)
  • Penulis Novel: E-Man Sufi
  • Penulis Skrip: Intan Zarina Bakri
  • Pengarah: Eoon Shuhaini
  • Penerbit: Hasniza Nordin
  • Produksi: Saphire Screen Sdn. Bhd.
  • Senarai Pelakon: Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Wilma Muhammad, Sahronizam Noor, Raja Afiq, Munira Iwan, Wanna Ali, Laila Nasir, Riz Amin, Wanns Ahmad, Jalaluddin Hassan, Nazeera Sardi, Hairie Othman, Cassia Iman

Watak Pelakon

  • Aeril Zafrel sebagai Andika
  • Nabila Razali sebagai Aira
  • Hun Haqeem sebagai Arjuna
  • Raja Afiq sebagai Reyhan
  • Aidil Aziz sebagai Yazid
  • Elly Mazlein sebagai Mariam
  • Wanna Ali sebagai Zara
  • Wanns Ahmad sebagai Ikandar

Sinopsis Seindah Tujuh Warna Pelangi

Kisah mengenai perkahwinan antara sepupu, Andika dan Aira berdasarkan berlainan matlamat. Andika mengunakan perkahwinan untuk mendapat harta bahagian Aira yang diwarisi daripada datuk mereka sedangkan Aira menerima perkahwinan atas dasar cinta. Perkahwinan mereka tidak kekal lama. Aira merajuk membawa diri, meninggalkan keluarga dan anaknya Sofia.

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!

Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk. Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira. Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama.

Sumber: Saphire Screen

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: