Sara Sajeeda merupakan drama bersiri yang dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan bergandingan dengan pelakon Pakistan iaitu Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch. Ia berkisarkan kisah cinta di antara seorang gadis Malaysia dengan jejaka tampan dari Pakistan. Drama unik gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Pakistan ini akan ke udara sebanyak 30 episod dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Ia akan bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada akhir tahun ini. Sama-sama kita nantikan kisahnya!
Info Drama Sara Sajeeda
- Episod: 30 episod
- Mula Tayangan: 3 Oktober 2019
- Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
- Penulis Skrip: Syed Muhammad Taufik
- Pengarah: Eoon Shuhaini
- Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
- Senarai Pelakon : Tiz Zaqyah, Alizeh Shah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Aidit Noh, Tasha Shilla, Datuk Yusuf Haslam, Mas Anizan, Nisho Begum, Saima Saleem, Aliha Chaudry, Isha Noor, Farhan Ali Mali
Watak Pelakon Drama Sara Sajeeda
- Tiz Zaqyah sebagai Sara
- Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan
- Anmol Baloch sebagai Sajeeda
- Fahrin Ahmad sebagai Megat
- Fouziah Gous sebagai Nelissa
- Shahruddin Thamby sebagai Ismadi
- Mas Anizan sebagai Pn Sri Norizan
- Uyaina Arshad sebagai Iman Dahlia
- Alif Muhaimin sebagai Khalif
- Jasper Supayah sebagai Rita
Sinopsis Drama Sara Sajeeda
Sara, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat. Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.
Fawaad, seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarga yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.
Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan antara mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Ismadi dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.
Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.
Setelah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara meluahkan rasa cinta terhadap Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsiakan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi.
Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung?
Dah tengok episod pertama semalam.
mula2 ingatkan bukan drama melayu.
Pelik juga slot samarinda tayang cerita hindustan.