Langgan newsletter kami!
Drama Saat Aku Berpaling (TV1)

Drama Saat Aku Berpaling (TV1)

Bermula 20 Jun 2020, sebuah drama bersiri terbaharu yang menggantikan drama Memoir Karmila bakal menemui penonton melalui Slot Widuri TV1 RTM. Drama 13 episod ini akan disiarkan  pada setiap hari Khamis hingga Ahad, jam 7.00 hingga 8.00 malam.

Drama bertemakan keluarga ini diarahkan oleh Man Kobena dan diterbitkan oleh Direct2U Productions Sdn Bhd. Antara pelakon utama yang membarisi drama ini adalah Nafiez Zaidi, Haeriyanto Hassan, Jay Iswazir, Suriati Baharom, Dayang Areeda dan ramai lagi.

Info Drama Bersiri

  • Genre: Drama, Keluarga
  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 20 Jun 2020
  • Waktu Siaran: Khamis – Ahad, 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM (Slot Widuri)
  • Penulis Skrip: Nazri Awang
  • Pengarah: Othman Basri (Man Kobena)
  • Produksi: Direct2U Productions Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nafiez Zaidi, Haeriyanto Hassan, Jay Iswazir, Suriati Baharom, Ziema Din, Ferth Jasni, Khairil Anwar Aman, Dayang Areeda, Abil Kamaruzaman, Mysara Sufya, Asri Ismail, Kamarool Hj Yusof, Saidi Sabri, Norhamiza Nor, Dhiya Zana, Rashdan Baba, Arja Lee

Watak Pelakon

  • Nafiez Zaidi sebagai Faizal
  • Heriyanto Hassan sebagai Hashim
  • Jay Iswazir sebagai Farid
  • Suriati Baharom sebagai Rosnah
  • Ziema Din sebagai Faizah
  • Ferth Jasni sebagai Alfian
  • Khairil Anwar Aman
  • Dayang Areeda sebagai Julia
  • Abil Qamaruzaman sebagai Azram
  • Mysara Sufya sebagai Hartatie
  • Arja Lee sebagai Karl
  • Asri Ismail sebagai Saudi
  • Fifi Faizah sebagai Zuraini

Lagu Tema / OST

Luluh – Khai Bahar

Sinopsis Saat Aku Berpaling

Setelah hampir 13 tahun berlalu, tiba-tiba Hisham kembali bersama anaknya, Faizal ke rumah Saudi. Namun, pertanyaan bertubi-tubi daripada Saudi tentang Rosnah, Farid dan Faizah mengundang kemarahan dan mengganggu emosi Hisham. Apakah sebenarnya yang berlaku?

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: