Langgan newsletter kami!
Drama Rindu Yang Terindah (TV3)

Drama Rindu Yang Terindah (TV3)

Rindu Yang Terindah adalah sebuah drama adaptasi novel berjudul ‘Derita Terindah’ karya Eshal Nuranis. Drama ini bakal bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam melalui Slot Samarinda TV3 yang akan datang. Namun tarikh sebenar tayangannya masih belum dimuktamadkan.

Drama ini diarahkan oleh Emi Sufian di bawah terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Redza Rosli dan artis berdarah kacukan Amelia Henderson adalah teraju utama drama ini sambil dibantu oleh para pelakon yang lain antaranya Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin dan ramai lagi.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: 16 Mac 2020
  • Waktu Siaran: Isnin – Khamis, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Samarinda
  • Pengarah: Emi Sufian
  • Produksi: OrangeTree Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus, Wanna Ali, Shahz Jaszle, Zaefrul Nordin

Watak Pelakon

Sinopsis Rindu Yang Terindah

Perkahwinan yang berlangsung antara Hazill dan Airis semata-mata sebab dendam. Kematian Hazieq menjadi asbab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badannya juga sering disakiti. Airis lelah dengan semua ini.

Walaupun menikahi Hazill tanpa rasa cinta, Airis tetap cuba meraih perhatian suaminya. Dia tahu syurga terletak pada lelaki itu. Manakala Hazill yang terikat antara sayang dan dendam masih mempertahankan egonya.

“Kau tak tahu betapa sakitnya aku sekarang. Aku perlukan kesembuhan dan semua tu ada pada adik aku. Kau dah bunuh dia! Kau juga perlahan-lahan bunuh aku!” – Hazill Wafiy

“Tak pernah terlintas di fikiran untuk berlaku curang di belakang arwah Hazieq. Saya cinta dan sayangkan dia, tapi itu semua dulu. Sekarang, saya nak berikan separuh jiwa saya pada awak, Hazill.” –Airis Warda

Penyakit yang disembunyikan akhirnya terbongkar jua. Lebih membunuh jiwa Hazill Wafiy, isterinya tiada di sisi bahkan semakin jauh. Airis membawa diri bagi menenangkan hatinya. Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Sumber: TV3 Official

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: