Langgan newsletter kami!
Drama Rahsia Hati TV1

Drama Rahsia Hati (TV1)

Rahsia Hati adalah sebuah drama adaptasi novel karya Azimah Lily yang bakal disiarkan di TV1 RTM bermula 16 Februari 2020. Ia bakal menemui penonton melalui Slot Widuri pada setiap hari Khamis hingga Ahad, jam 7.00 hingga 8.00 malam.

Drama sebanyak 13 episod ini diterbitkan oleh produksi Lock Frame Sdn Bhd dan dibintangi oleh Risteena Munim, Syed Hasan Nabil, Alif Muhaimin, Shasha Abedul, Esma Daniel, Rahhim Omar, Razman Mahayuddin, Diyana Zakaria, Asha Zainul dan ramai lagi. Jangan lupa untuk menyaksikannya nanti!

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 16 Februari 2020
  • Waktu Siaran: Khamis-Ahad, 7.00-8.00 malam
  • Stesen TV: TV1 (RTM)
  • Slot: Widuri
  • Penulis Skrip: Mufid Suhaimi
  • Produksi: Lock Frame Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nur Risteena Munim, Syed Hasan Nabil, Alif Muhaimin, Shasha Abedul, Esma Daniel, Rahhim Omar, Razman Mahayuddin, Diyana Zakaria, Asha Zainul, Ady Fakaruddin, Muhammad Daniel

Watak Pelakon

  • Nur Risteena sebagai Tengku Dania
  • Syed Hasan Nabil sebagai Hairi Azwan Razali
  • Alif Muhaimin sebagai Tengku Daniel Darius
  • Esma Daniel sebagai Dato Johari
  • Rahhim Omar sebagai Tan Sri Tengku Daud
  • Shasha Abedul sebagai Harlina
  • Diyana Zakaria sebagai Melisa
  • Razman Mahayuddin sebagai Ali

Sinopsis Rahsia Hati

Drama ini mengisahkan tentang Tengku Dania Dahlia, yang merupakan seorang jutawan Malaysia yang kehilangan ibu bapa sejak kecil dan menyedari ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Sejak itu, Tengku Dania Dahlia mahu membongkarkan kisah di sebalik kematian itu dan melindungi satu-satunya adik lelakinya, Tengku Daniel Darius.

“Papa.. Mama.. Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, Dania ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan Hairi Azwan. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” – HAIRI AZWAN

“Aiii.. Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” – TENGKU DANIA DAHLIA

Walaupun malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi Tengku Dania Dahlia, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu Hairi Azwan, si kaki perempuan.

Tapi kenapa Tengku Dania Dahlia seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran Hairi Azwan? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci.. tapi sayang? Bocorkan rahsia ini dalam ‘Rahsia Hati’.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: