Langgan newsletter kami!
Drama Kau Yang Pertama (TV3)

Drama Kau Yang Pertama (TV3)

Kau Yang Pertama adalah sebuah drama bersiri hasil adaptasi novel yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah. Drama sebanyak 28 episod ini diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Hadith Omar. Ia disiarkan menerusi Slot Akasia TV3 bermula 12 Ogos 2019, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam.

Info Drama Kau Yang Pertama

  • Episod: 28 episod
  • Mula Tayangan: 12 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Skrip: Shahremy Ikmal & Eja Lorena
  • Pengarah: Hadith Omar
  • Penerbit Eksekutif: Nell Nazry
  • Penerbit: YM Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali & Wan Ashadee Shahar Dato’ Sawaludin
  • Produksi: Sha’s Media Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Nasz Sally, Laila Nasir

Watak Pelakon Drama Kau Yang Pertama

  • Fikry Ibrahim sebagai Farhan
  • Farah Nabilah sebagai Rose Natasha
  • Tasha Shilla sebagai Ameera
  • Yusuf Bahrin sebagai Tajul
  • Wan Sharmila sebagai Suraya
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Sally
  • Ellyas Abdullah sebagai Irfan
  • Sheila Mambo sebagai Mak Timah
  • Wan Nor Azlin sebagai Mak Gayah
  • Laila Nasir sebagai Puan Aida
  • Amar Asyraf sebagai Haris
  • Nashra Shah sebagai Puan Anne
  • Imam Shah sebagai Syamel
  • Nasz Sally sebagai Seri
  • Yusuf Bahrin sebagai Tajul

Sinopsis Drama Kau Yang Pertama

Mengisahkan tentang percintaan antara bos dan pekerja pelatih. Farhan adalah CEO dan pengasas Butik Carla’s Collections yang menghasilkan rekaan fesyen wanita terkini. Permintaan terhadap rekaan pakaian dari butiknya sentiasa mendapat sambutan kerana dia menggunakan model duta pakaian yang merupakan seorang instafamous terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai iaitu Ameera. Ikatan pertunangannya dengan Ameera sentiasa mendapat perhatian netizen yang menggelarkan mereka sebagai #FaRame.

Farhan dan Ameera sibuk dengan persiapan kahwin. Natasha yang menjalani latihan pratikal sebagai pereka fesyen di butik milik Farhan berusaha untuk menempatkan dirinya diterima bekerja terus di butik tersebut bagi menyelesaikan masalah hutang arwah ayahnya. Natasha menawarkan diri untuk membantu Kak Zaza membuat gaun pengantin seperti yang dimahukan oleh Ameera. Farhan tidak yakin kerana Natasha hanya seorang pelatih. Dia memberi tempoh sebulan untuk menyiapkan gaun tersebut.

Di saat hari pernikahan mereka, Ameera pengsan dan dihantar ke hospital. Ameera disahkan mengandung anak luar nikah. Farhan kecewa dengan Ameera. Ameera cuba merayu untuk mendapatkan kembali cinta Farhan tapi Farhan telah tawar hati dan merasa terhina menanggung malu kerana perkahwinannya terbatal. Farhan berkurung diri di rumah. Urusan butik diserahkan kepada Irfan. Natasha diterima bekerja di Butik Carla’s Collections sebagai pereka fesyen.

Puan Aida, mama Ameera sudah lama tahu yang Ameera masih berhubung dengan Haris, dan dia kecewa apabila Ameera mengandungkan anak Haris. Berita ini tidak tersebar keluar. Puan Sally dan Farhan percaya cerita Ameera yang kononnya dia dirogol. Puan Aida merasa malu dan meminta Ameera keluar dan jangan balik lagi ke rumah. Dia betul-betul terkilan dengan apa yang berlaku.

Farhan terpegun melihat Natasha menggayakan gaun pengantin. Sebenarnya, pelbagai ragam telah berlaku antara mereka sehingga mewujudkan rasa cinta di antara mereka berdua. Farhan bertanya pada Irfan jika dapat Natasha menjadi pengantinnya. Kedengaran begitu, Irfan terpaksa lupakan cintanya terhadap Natasha.

Lagu Tema / OST Kau Yang Pertama

  • Alif Satar – I Want You To Love Me

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: