Langgan newsletter kami!

Drama Generasi: Perfect 10 (Astro Ria)

Generasi: Perfect 10 ialah sebuah drama siri televisyen Malaysia tahun 2025 yang diarahkan oleh Sling Ng dengan skrip hasil kerjasama Nas Addina, Ilya Karnain, Suzanne Ong, Zuli Ismail, Dee Dee Peter, dan Lemuel Ong.

Dibintangi oleh Arabella Ellen, Arena Lieya, Ellyza Azizi, Daniel Fong dan ramai lagi, drama ini merupakan salah satu karya eksklusif Astro Originals dan bakal menemui penonton pada September 2025 di Astro Citra, menggantikan slot drama Honey Trap.


Info Penuh Drama Generasi: Perfect 10

  • Tajuk: Generasi: Perfect 10
  • Episod: Akan dikemaskini
  • Tarikh Tayangan: September 2025
  • Rangkaian: Astro Ria, Astro Citra, Astro GO, sooka
  • Pengarah: Sling Ng
  • Penulis Skrip: Nas Addina, Ilya Karnain, Suzanne Ong, Zuli Ismail, Dee Dee Peter, Lemuel Ong
  • Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
  • Penerbit: Emylee Kumar
  • Syarikat Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd & Directors Think Tank
  • Lokasi Penggambaran: Malaysia
  • Genre: Sukan / Drama Inspirasi
  • Ciptaan Asal: Nas Addina
  • Sinematografi: Madnor Kassim
  • Jenis Kamera: Tetapan Multi-Kamera
  • Durasi Setiap Episod: 40 minit
Artikel berkaitan:  Raise The Star Malaysia (Astro Ria)

Barisan Pelakon & Watak

  • Arabella Ellen sebagai Victoria
  • Arena Lieya sebagai Ezrina Riyad
  • Ellyza Azizi – watak akan dikemaskini
  • Daniel Fong sebagai Jun Hao
  • Aiman Ameer sebagai Mukhriz
  • Sharifah Sakinah
  • Sofia Jane
  • Sherie Merlis
  • Qi Razali
  • Zarra Zaff
  • Anwaar Beg Moghal
  • Chandni Nagadurga
  • Dhabita Auji
  • Aaliyah Natasha
  • Hazi Juzaili
  • Aila Azizul

Fakta Menarik

Pelakon utama, Arabella Ellen, berkongsi bahawa latar belakangnya sebagai atlet gimnastik ketika zaman persekolahan banyak membantunya dalam mempersiapkan diri untuk watak dalam drama ini.

“Saya bersyukur dapat menggunakan bakat saya dalam gimnastik bagi drama Generasi: Perfect 10, yang bakal ditayangkan tahun ini (2025).” – Arabella Ellen

Dengan pengalaman disiplin, ketahanan mental, dan kerja keras yang dipupuk melalui sukan, Arabella mengakui semua itu membantu dalam menjiwai karakter yang memerlukan ketangkasan dan ketahanan fizikal.


Sinopsis Drama Generasi: Perfect 10

Kisah ini mengangkat perjalanan hidup Ezie (lakonan Arena Wan), seorang gadis muda dengan impian besar untuk bergelar atlet gimnastik profesional. Namun, segalanya berubah apabila kelab gimnastik tempat dia berlatih terpaksa ditutup.

Tidak mahu mengalah, Ezie membuat keputusan berani untuk menyertai sebuah akademi sukan berprestij, di mana hanya yang terbaik sahaja mampu bertahan. Di sinilah bermulanya lembaran baharu dalam hidupnya — penuh dengan persaingan sengit, cabaran emosi, konflik persahabatan, serta pencarian jati diri.

Artikel berkaitan:  Biodata Nora Danish, Artis Paling Comel dan Paling Popular

Dalam mengejar impian, Ezie bukan sahaja diuji dari segi fizikal dan mental, tetapi juga dipaksa memilih antara cita-cita, keluarga, dan perasaan hati.

Adakah Ezie mampu menjadi sebahagian daripada Generasi Perfect 10 dan membuktikan bahawa mimpinya bukan sekadar angan-angan?

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *