Langgan newsletter kami!

Drama Dr. Pontianak Musim 2 (Astro Ria)

Peminat drama seram komedi tempatan bakal terhibur sekali lagi apabila Dr. Pontianak Musim 2 kembali menemui penonton bermula 26 Ogos 2025. Drama bersiri ini akan disiarkan setiap Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria, serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka untuk tontonan fleksibel di mana-mana sahaja.

Maklumat Drama

  • Tajuk: Dr. Pontianak 2
  • Episod: 8
  • Tarikh Tayangan: 26 Ogos 2025
  • Waktu Siaran: Khamis, 11:00 malam
  • Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
  • Pengarah: Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Produksi: Kl Motion Pictures Sdn Bhd

Barisan Pelakon

Drama ini menampilkan gandingan pelakon hebat dan watak yang unik, antaranya:

  • Sharifah Sakinah sebagai Edna
  • Kimberly Chuah sebagai Dr. Vivy
  • Rashidi Ishak sebagai Dr. Ghani
  • Shania Hendrik sebagai Ruby Kum Kum
  • Badron Munirah sebagai Dr. Azri
  • Kumika Kufaizul sebagai Baby To
  • Nazeri Md Isa
  • Kim Azzim
  • Yasmin Hani
  • Puteri Rafasya

Lagu Tema (OST)

Drama ini turut dimeriahkan dengan lagu tema berjudul “Jari” dendangan Hael Husaini, yang dijangka memberi impak emosi kepada penonton.

Sinopsis Dr. Pontianak 2

Klinik malam kembali dibuka, dan rahsia semakin terbongkar. Dalam musim terbaru ini, Dr. Vivy, seorang ponti-no-anak yang memiliki deria ghaib luar biasa, cuba menjalani kehidupan normal sebagai doktor muda. Namun, segalanya tidak mudah apabila dia sering dibantu oleh Edna si hantu hospital, Pak Us, dan Dr. Ghani untuk menyembunyikan rahsianya.

Artikel berkaitan:  Biodata Hez Hazmi

Kuasa yang semakin tidak terkawal, kemunculan makhluk baharu, dan musuh lama yang kembali menghantui membuatkan hidup Dr. Vivy kian mencabar. Penonton bakal disajikan dengan lebih banyak rahsia, kejutan, elemen seram, dan komedi yang pasti membuatkan musim kedua ini lebih menarik daripada sebelumnya.

Asal-usulnya bermula apabila Dr. Vivy, seorang pelatih perubatan berusia 26 tahun, ditemui dengan kesan kecederaan misteri serta sebatang paku tertanam di belakang lehernya. Anehnya, sejak itu dia mula berdepan perubahan pelik — bukan lagi takut pada darah, tetapi mula merinduinya. Dari situlah kisahnya sebagai Dr. Pontianak bermula.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *