Dia Pengantinku adalah sebuah drama bersiri 24 episod yang bakal bersiaran melalui Slot Widuri TV1 (RTM). Drama ini adalah hasil adaptasi novel karya Nurfaza Alisya dan diarahkan oleh Pali Yahya. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah nama-nama besar seperti Saharul Ridzwan, Mawar Rashid dan Azrel Ismail.
Info Drama Dia Pengantinku
- Episod: 26 episod
- Mula Tayangan: 24 Oktober 2019
- Waktu Siaran: Khamis hingga Ahad, jam 7.00 malam
- Stesen TV: TV1 RTM (Slot Widuri)
- Pengarah: Pali Yahya
- Produksi: Tekun Resmi Sdn Bhd
- Senarai Pelakon: Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada
Watak Pelakon Drama Dia Pengantinku
- Saharul Ridzwan sebagai Syed Ashraf
- Mawar Rashid sebagai Aimi Najwa
- Azrel Ismail sebagai Kamil
- Tisha Shamsir sebagai Maya
- Esma Daniel sebagai Dato Syed Alwi
- Elya Miera sebagai Juhana
- Catriona Ross sebagai Fariesya
Sinopsis Drama Dia Pengantinku
Mengisahkan tentang Aimi Najwa, iaitu seorang gadis cantik berketurunan Belanda. Walaupun dianugerahkan rupa paras menarik namun amat sukar baginya untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikirkan soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak.
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif?
Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf yang memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.
Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!
Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.
Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?