Langgan newsletter kami!
Drama Bukan Kahwin Paksa (TV3)

Drama Bukan Kahwin Paksa (TV3)

Bukan Kahwin Paksa adalah drama bersiri terbaharu di TV3 yang menampilkan pelakon cantik Hannah Delisha dan Kamal Adli. Selain itu, drama ini turut dilakonkan oleh Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina dan Qistina Khaled.

Drama 13 episod ini adalah drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil. Ia diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Tarikh tayangannya belum dimuktamadkan namun dijangka menemui penonton pada Februari 2020 menerusi Slot Lestary TV3.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 7 Februari 2020
  • Waktu Siaran: Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam
  • Stesen TV: TV3 Malaysia (Slot Lestary)
  • Penulis Novel : Syamnuriezmil
  • Pengarah: Idora Abdul Rahman
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled

Watak Pelakon

Sinopsis Bukan Kahwin Paksa

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”

“Kenapa cakap macam tu pulak?”

“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Pada mulanya, mereka berdua dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin. Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali terlebih dahulu, mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.

Sumber: TV3 Official

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: