Langgan newsletter kami!
Drama Bicara Cinta (TV3)

Drama Bicara Cinta (TV3)

Bicara Cinta adalah sebuah drama adaptasi novel terbaharu karya Missa J yang akan ditayangkan di TV3. Drama 16 episod ini akan mula menemui penonton melalui Slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam bermula 2 April 2020.

Antara pelakon yang akan membintangi drama ini adalah Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof dan Khaty Azian. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 16 episod
  • Tarikh Tayangan: 2 April 2020 (Khamis)
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7.00 – 8.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Akasia
  • Pengarah: Along Kamaludin
  • Produksi: Primeworks Studios
  • Senarai Pelakon: Emma Maembong, Adi Putra, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof, Khaty Azian

Watak Pelakon

  • Emma Maembong sebagai Anis Sofea
  • Adi Putra sebagai Adee
  • Azrel Ismail sebagai Saddiq
  • Beego sebagai Sarip
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Nomi
  • Syed Aiman sebagai Khalid
  • Khalida Balqis sebagai Kaira
  • Eizlan Yusof sebagai En Zainuddin

Sinopsis Bicara Cinta

Mengisahkan tentang Anis Sofea yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.

Pada awal perkahwinan, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai.

Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biar pun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: