Langgan newsletter kami!

Dilema Rasuah Atau Derma

Salah satu tugas paling besar pada tahun ini adalah menjadi ketua rumah sukan bagi rumah Waja (kuning). Di sini, setiap guru baru akan menjadi ketua rumah sukan sekurang-kurangnya sekali. Tahun lepas aku dah jadi penolong. Ingat dah terlepas tahun ni, rupanya tidak.

Perkara yang paling memeningkan bagi ketua guru rumah sukan adalah mencari pelajar untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan, Banyak kerenah mereka ini yang ada kalanya mampu menimbulkan kemarahan kepada sesiapa sahaja.

“Cikgu, saya tak nak masuk lompat jauh dan lompat kijang,” kata seorang pelajar ketika aku di kantin.

“Kenapa? Cikgu pilih kamu sebab kamu yang paling layak. Kamu tahu tak, dah banyak kali cikgu edit senarai nama ni. Bila cikgu tukar acara seorang pelajar, cikgu terpaksa rombak semua sebab setiap peserta dihadkan bilangan acara yang boleh disertai,” jelas aku panjang lebar. Aku tak pasti dia faham ataupun tidak apa yang aku katakan.

“Tapi cikgu…”

“Tak ada tapi-tapi. Nah, ambil karipap ni satu.”

Aku menghulurkan plastik berisi beberapa ketul karipap.

“Cikgu rasuah saya ke?”

“Taklah. Cikgu bagi ‘derma’ pada kamu,” jawab aku dan terus berlalu pergi.

Cikgu Sofuan Saadon: Bila orang tolong kau memang dia tak minta balasan, tapi takkan kau tak faham-faham?

Sumber: Sinar Harian

[infobox style=”alert-info”]Sofuan Saadon adalah seorang guru yang bertugas di Matu, Sarawak. Ikuti catatan jujur dan lucunya sepanjang berkhidmat sebagai guru di sana menerusi bukunya yang berjudul ‘Dalam Bilik Darjah‘ terbitan Buku Pojok.[/infobox]

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: