Langgan newsletter kami!

Kisah Dapat Tawaran Haji Tapi Duit Simpanan Hanya Ada 6k Saja

Duit simpanan hanya ada RM6,000 tapi boleh pergi haji? Inilah kisah saya..

Saat terima surat tawaran alangkah gembira tak terkata. Namun bila semak account Tabung Haji saya cuma ada RM6k++. Itupun rasanya hampir 2 tahun tak keluarkan simpanan. Maklumlah anak 6, ada saja komitmennya. Dia maha pengatur segala rezeki. Selalunya ghalib juga mengisi borang.

Tq encik suami yang sudi cukupkan dan beri lebih lagi. Senyum melebar sepanjang persiapan. Sehinggalah anak ke 3 mengadu loan rumahnya tidak dapat sepenuhnya. Dia hanya dapat pinjaman 90% yang bermakna dia kena bayar deposit RM30k.

Anak ketiga saya baru kerja kerajaan 9 bulan tapi ditawarkan rumah ppim di ibukota. Sayang nak lepaskan aset dan peluang bernilai. Kemungkinan bayaran RM5k yang telah bayar tak dapat blik sepenuhnya jika batalkan perjanjian itu. Apalagi emaklah tempat mengadu nasib.

Emak mana yang mahu anaknya susah. Saya tekad masukkan dari akaun TH ke akaunnya. Tidak saya beritahunya akaun saya hanya tinggal RM1.3k saja. Kalau dia tahu pasti dia menolaknya. Mana cukup untuk perbelanjaan di sana selama 49 hari!

10 hari lagi nak bertolak anak saya beritahu dia konfem tolak pembelian sebab tak dapat penuhkan jumlah deposit. Dia tak mahu hutang atas hutang yang amat merugikan. Ayah? Konfem ayah ada hanya cukup belanja di sana dan untuk yang ditinggalkan.

Atas dasar kasih dan fikirkan aset saya isi borang pinjaman koperasi. Setelah lengkap semua dokumen, petang itu saya memanjat tangga koperasi dengan penuh pengharapan.

“Puan, kalau boleh tolong segerakan proses sebab saya akan berangkat Selasa depan”

“Ya ka, kalau begitu kita proses sekarang. Kebetulan semua ahli lembaga baru selesai mesyuarat. Puan tunggu sebentar ya”

Setengah jam kemudian sekeping cek pengorbanan ibu bertukar tangan. Alhamdulillah. Sungguh mudah! Inikah keberkatan dan rahmat kepada bakal tetamunya? Nikmat apakah ini ya Allah!

Tuan puan bakal duyufurrahman yg dirahmati Allah.

Bukanlah saya mahu menunjuk-nunjuk atau takbur dengan cerita ini. Saya hanya mahu beritahu usah gusar dengan wang ringgit yang mungkin bagi kita agak kurang untuk bekalan ke sana. Yakin dan tawakkal dengan rezeki yang pasti ada. Syukurlah kepada yang cukup malah berlebihan, tapi mungkin ada yang kritikal macam saya dulu. Yakinlah.

Saya tidak risau soal makan minum sebab bagi saya cukuplah apa yang disediakan oleh TH dan encik suami. Saya juga tidak risau bab shopping sebab saya rela berkorban untuk anak-anak2. Untuk mereka saya dah pesan jangan harapkan buah tangan dari mama macam org lain. Dan tolong transfer dari akaun gaji ke akaun TH jika perlu. Alhamdulillah mereka faham dengan situasi. Sedari kecil mereka tidak pernah bermewah-mewah dan tahu apa yang diperlukan.

Rezeki Allah maha luas. Dia yang maha pemberi. Saat akhir saya dapat sedikit duit kutu. Hadiah dari sanak saudara dan rakan taulan yang datang berziarah saya terima dengan kesyukuran. Dari tanahair saya bawa cash SR2.3k dan habis shopping di Madinah dalam masa 3 hari. Wow! Perempuan memang pakar! Kami memang plan beli semua di Madinah. Kat Mekah cuma beli sikit-sikit. Tak payah fikir banyak dah.

Alhamdulillah semasa dari Madinah ke Mekah saya cuma ada SR50 tapi hairan tak rasa gusar langsung. Kalau kat sini nak ke kedai depan pun tak berani. Dan yang bestnya sepanjang di sana saya tak pernah bimbang duit dicuri atau hilang.

Dengan baki dalam akaun TH dan potongan masuk itulah saya bayar dam dan korban serta boleh shopping lagi. Bayar naik skuter lagi. Ketika balik baki akaun tinggal RM600. Alhamdulillah. Moga-moga2 ia jd ‘denak’.

#pengalamanhaji2018

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

4 comments

  1. Jika ada rezeki, insyaallah di permudahkan. Kan..

  2. subhanallah, sukanya baca perkongsian ni. Allah permudahkan urusan. Semoga dengan perkongsian ni dapat memberi iktibar kepada kita semua

  3. Bertuah yang empunya diri dapat bertemu Sang Pencipta.

  4. Rezeki yang tak disangka-sangka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: