Langgan newsletter kami!
Sanah Helwah

Contoh Ucapan Sanah Helwah (Selamat Hari Lahir)

Mengucapkan sanah helwah bererti mendoakan seseorang itu perkara yang baik-baik sempena hari kelahirannya. Ucapan ini boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja antaranya suami, isteri, ibubapa, adik-beradik, abang, kakak, anak, saudara mara, mertua, rakan taulan, sahabat handai dan jiran tetangga.

Berikut adalah beberapa contoh ucapan sanah helwah yang boleh kita ucapkan.

Sanah Helwah (Selamat Hari Jadi) Bidadariku..
Barakallah Fik (Semoga Allah Memberkatimu)..
Semoga Allah memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu.

Terima kasih kerana sentiasa berada di samping suamimu dalam apa sahaja keadaan atas izin Allah.
Sentiasa berada di depan, bila suamimu diduga pelbagai masalah tanpa rasa takut.
Sentiasa berada di belakang untuk memberi sokongan takut saya rebah.
Sentiasa berada di kiri dan kanan apabila diuji dengan nikmat dunia yang melalaikan tanpa di sedari..
Sentiasa sabar dengan suamimu yang kuat merajuk ini..

Semoga sayang sentiasa menjadi bidadariku di dunia dan akhirat kelak.
InsyaAllah.. Aamin allahumaa aamin.

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

Kredit: Ucapan sanah helwah Adam Corrie buat isteri tercinta.

Sanah helwah buat sahabat kami akhi Nazrul Azhar semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta. Dikurniakan segala kebaikan dan hajat untuk dunia dan akhirat juga.

Kredit: Ucapan sanah helwah Rabbani buat sahabat.

Contoh Lain Ucapan Sanah Helwah

Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah,
Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan
Sanah Helwah Amin Idris. Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan dalam gandaan umur yang diberi Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki. Amin Ya Allah.
Sanah Helwah untuk ayahanda tercinta. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. Mohon sahabat yang membacanya Aminkan bersama doa ini.
Sanah helwah buat rakanku Azman. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Aminn.
Sanah helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.
Terima kasih Allah.. Ar-Rahim, Kau kurniakan kami ibu yang penyayang,
Terima kasih Allah.. Ar-Rahman, Kau hadirkan kami ibu yang pengasih.

Ya Allah Ya Hafiz.. Peliharalah, kasihilah dan sayangilah ibu kami,
sepertimana ibu mengasihi kami,
sepertimana ibu menyayangi kami,
sedari kecil kami hinggalah sedewasa ini.
Setiap detik masa berlalu, hanya kami yang ibu fikirkan.

Ya Allah.. Ya Qudus Ya Jalil, Engkau limpahkan rahmat dan pahala yang sebanyak-banyaknya atas setiap rindu dan derita yang ibu tanggung kerana kami anak-anaknya.

Ya Allah.. Ya Ghaffar, Engkau ampunkanlah segala khilaf ibuku dan rahmatilah ibu dalam belaian kasih sayangMu ya Allah.

Ya Allah Ya Mu’izz, Ya ‘aliy, Ya Wadud, Ya Syahid, Tinggikanlah darjat ibu, insan yang mulia dalam hidup kami, muliakanlah ibu dengan anak-anak dan menantu-menantu serta keturunan yang taat, tetap mendirikan solat dan sentiasa mendoakan.

Ya Allah.. Ya Salam, Tenangkanlah dan lapangkanlah dada ibu kami, kurniakanlah ibu hati yang sentiasa mengingati akhirat.

Ya Allah.. Ya Muqit Ya Qahhar Ya Qawiy, Kurniakanlah ibu dengan kesihatan yang baik, supaya ibu dapat beribadat dengan aman dalam menuntun cintanya mencari redhaMu ya Allah.

Wahai ibu yang penyayang, terlalu banyak pengharapan dan doa dari kami anak-anak ibu.
Wahai ibu yang pengasih, terlalu sedikit bakti yang kami berikan.
Wahai ibu, redhamu kami perlukan dalam menggapai redha Ilahi.

Ya Allah.. jadikanlah kami anak-anak yang taat dan bertaqwa, jadikanlah kami saham ibu yang paling mahal di akhirat nanti. Amin yarabbal’alamin.

Semoga semua doa ibu Allah makbulkan.
Mak.. Along sayang mak. Sanah helwah mak.

Kredit: shiemacma.blogspot.com

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: