Langgan newsletter kami!

Contoh Surat Cover Letter Mohon Kerja

Setiap surat mohon kerja perlulah disertakan dengan surat cover letter. Kemudian surat tersebut dilampirkan bersama resume yang telah disiapkan sebelumnya. Cover letter adalah surat yang mengandungi pengenalan dan maklumat ringkas tentang diri anda dalam memohon sesuatu pekerjaan atau jawatan kosong. Hal ini kerana surat cover letter mohon kerja sangat penting untuk urusan formal agar ia nampak lebih profesional dan memudahkan pihak penerima terutamanya Bahagian Human Resources (HR) mengenalpasti dengan jelas tujuan surat yang diterima.

Surat permohonan kerja (cover letter) tidak semestinya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Ia juga boleh dibuat dalam versi Bahasa Melayu bergantung kepada kesesuaian jawatan dan syarikat yang dipohon. Terdapat banyak contoh surat permohonan kerja atau cover letter yang anda boleh jadikan rujukan.

Berikut adalah contoh cover letter terbaik dalam Bahasa Melayu yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan.

Tips Menulis Surat Permohonan Kerja (Contoh Cover Letter)

Sebelum menulis sebarang surat permohonan kerja, pastikan anda TIDAK melakukan kesalahan yang dinyatakan seperti di bawah:

  • Jangan sesekali menghantar resume Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris tanpa surat permohonan
  • Jangan bincang gaji yang dinyatakan dalam iklan surat permohonan
  • Jangan ulangi maklumat yang sama seperti dalam resume kecuali secara ringkas
  • Jangan berikan gambaran umum tentang kualiti diri anda dan pekerjaan yang lepas
  • Jangan berikan maklumat palsu
  • Jangan hantar surat yang mengandungi kesalahan ejaan atau tatabahasa sebaliknya semak surat tersebut berkali-kali agar bebas dari kesalahan tersebut.

Contoh Surat Permohonan Kerja

[infobox style=”alert-success”]

(Nama anda
Alamat surat menyurat)
Mohd Aiman Hakim
23, Jalan P11 A1/14,
Presint 11,
62300 Putrajaya

…………………………………………………………………………………………

(Nama & Alamat Majikan)
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
Kumpulan Garuda Sdn Bhd
Lot 19, Jalan Alam 1, Seksyen 19,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan                                                                       20 Ogos 2019

 

Tuan/Puan,

PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG JURUTEKNIK KOMPUTER

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Saya seperti nama di atas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang ada di syarikat tuan. Saya yakin dengan kelayakan dan pengalaman saya ini dapat memenuhi syarat dan kelayakan jawatan yang ada. Sememangnya menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat yang mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang ICT di Malaysia.

3.   Bersama-sama ini dilampirkan bersama resume saya. Saya amat berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Saya boleh dihubungi di talian …………………….. atau email …………………… Diharapkan pihak tuan dapat meneliti dan mempertimbangkan permohonan saya ini.

4.   Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

……………………………………..
(Nama Anda)[/infobox]

Untuk contoh resume terbaik, anda boleh rujuk artikel sebelum ini.

Selamat berjaya!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: