Langgan newsletter kami!

Cara Paling Mudah Buat Blog Sendiri

Sebagai seorang graduan teknologi maklumat, memiliki blog sendiri tentunya bukan sesuatu yang luar biasa bagi saya. Tetapi bagaimana dengan mereka yang bukan dari latarbelakang IT? Ok, kali ini saya akan kongsikan serba sedikit cara membuat blog sendiri.

Sebenarnya, membuat blog sendiri bukanlah sesuatu yang sukar. Malah, mereka yang tiada langsung ilmu berkenaan IT pun masih mampu membuat blog sendiri dengan mudah. Banyak platform yang boleh digunakan untuk membina blog seperti WordPress, Weebly, Tumblr, Blogger dan banyak lagi. Jadi, untuk artikel ini, saya akan kongsikan langkah demi langkah bagaimana cara membuat blog sendiri menggunakan platform Blogspot atau Blogger. Mungkin lain kali saya akan tulis artikel untuk platform yang lain seperti WordPress.

Blogger Logo

Kenapa saya pilih Blogspot?

Pertama sekali kerana platform blogspot adalah percuma. Keduanya, ia merupakan platform web 2.0 yang paling diminati pengguna di Malaysia untuk aktiviti blogging. Dan ketiga, ia juga sangat mesra pengguna semudah abc, klik klik klik siap! Tambahan lagi ianya dimiliki oleh Google yang mana kita sedia maklum yang Google adalah enjin carian terbesar di dunia. Tentu sekali Google mahu website dari platform mereka memiliki ranking yang baik di search engine. Tak gitu?

Langkah-langkah Buat Blog Sendiri di Blogspot

  • Langkah 1
    Anda perlu ada akaun email Gmail. Jika anda belum mempunyai akaun Gmail, klik sini untuk daftar Gmail.
  • Langkah 2
    Setelah anda memiliki akaun Gmail, langkah seterusnya adalah mendaftar di Blogger.com. Klik sini untuk daftar Blogger.
  • Langkah 3
    Anda akan dibawa ke paparan berikut (Rujuk gambar). Paparan “Create your blog now” kelihatan. Ini bermakna anda masih belum mempunyai blog di akaun blogger ini. Klik icon “New Blog” untuk buat blog baru anda.

Cara buat blog - langkah 1

  • Langkah 4
    Masukkan maklumat Title, Address dan Template. Saya memasukkan maklumat berikut (Rujuk gambar)
    Title: Azhan Online
    Address: azhanonline.blogspot.com
    Templete: Boleh pilih yang mana bersesuaian. Tak perlu risau sebab template boleh tukar selepas daftar nanti.

    Pihak Blogger kemudian akan menyemak sama ada alamat blog ini sudah digunakan atau belum. Jika belum, mesej “this blog address is available” akan dipaparkan. Ini bermakna URL atau alamat blog tersebut masih belum digunakan oleh orang lain dan ianya adalah milik anda. Sedikit tips untuk URL blog anda, pilihlah nama blog yang mudah diingati, pendek dan ringkas serta sesuai dengan kandungan blog anda.
    Cara buat blog - langkah 2

  • Langkah 5
    Kemudian, klik “Create blog!“. OK Siap!, sekarang anda sudah mempunyai blog atau website sendiri. Untuk mula menulis artikel, bolehlah pergi ke menu Posts > Create a new post.

Selamat mencuba!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. terima kasih atas perkongsian anda. sangat bermanfaat

  2. nak tanya. selepas saya buat blog saya, saya tidak jumpa balik blog tu. kenapa ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: