Langgan newsletter kami!
Cara Menjawab Azan (Adzan)

Cara Menjawab Azan dan Doa Selepas Azan

Doa selepas azan adalah doa yang dibaca selesai sahaja azan dikumandangkan oleh muazzin. Ia adalah satu sunnah dan setiap muslim  yang mendengar azan dilaungkan dianjurkan untuk membacanya. Azan itu sendiri bermaksud seruan untuk memberitahu para muslimin bahawa sudah masuk waktu solat. Dari segi bahasa pula, azan bermaksud ialah “al-i’lam” (pemberitahuan) atau “an-nida” (seruan).

Sementara itu, waktu selepas azan pula ialah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan sangat baik jika setiap kali selesai doa azan kita tambahkan dengan Asma ul Husna dan doa untuk ibu bapa. Ia terlebih dahulu hendaklah dibacakan selawat sebanyak 1 hingga 3 kali sebelum membaca doa selepas azan.

Cara Menjawab Azan

Apabila kita mendengar laungan azan, maka sunat untuk kita menjawabnya. Cara menjawab azan ialah dengan mengikut atau mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazzin dalam azan kecuali pada kalimah berikut:

Apabila mendengar laungan azan, disunahkan untuk menjawab azan tersebut sebagaimana yang diucapkan oleh muazin, kecuali apabila muazzin mengucapkan: “Hayya alas-solah”, “Hayya alal-falah”, dan “As-solatu khayru min an-naum” (dalam azan Subuh).

Kalimah azan:

حي على الصلاة

Rumi: Hayya ‘alas-solah
Maksud: Marilah mengerjakan solat

Hendaklah dijawab dengan:

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

Rumi: La haula wa la quwwata illa billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

Kalimah azan:

حي على الفلاح

Rumi: Hayya ‘alal-falah
Maksud: Marilah menuju kejayaan

Hendaklah dijawab dengan:

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

Rumi: La haula wa la quwwata illa billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

Cara Menjawab Azan Subuh

Untuk solat subuh, azan yang dikemundangkan adalah sedikit berbeza. Berikut adalah cara tambahan untuk menjawabnya.

Kalimah azan:

الصلاة خير من النوم

Rumi: As-solatu khayru min an-naum
Maksud: Solat itu lebih baik dari tidur

Hendaklah dijawab dengan:

صدقت وبررت وانا على ذلك من الشاهدين

Rumi: shadaqta wa bararta (wa ana alaa dzaalika minasy syaahidiin)
Maksud: Benar dan baguslah ucapanmu itu dan aku atas yang demikian itu termasuk orang-orang yang menyaksikan

Doa Selepas Azan

Selesai sahaja laungan azan, kita disunatkan membaca doa ini sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW seperti di bawah.

Doa Selepas Azan

Rumi: Allahumma Rab-Ba-Ha-zihid-Da‘ Watit-Thamah, Was-Solatil Qaa imah, Ati Sayyidana Muhammada-Nil Wasi-Lata Wal-Fadilah, Wash-Sharafa Wad-Darajatal ‘Aaliatar Rafi‘ah, Wab‘athhul Maqaa mal Mahmudal Lazi Wa’adtah, In-Naka Laa Tukhliful-Mii‘ad.

Maksudnya: Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad ﷺ kedudukan yang tinggi dan terpuji, yang telah engkau telah janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Semoga panduan cara menjawab azan dan bacaan doa selepas azan ini bermanfaat buat anda. Boleh kongsikan dengan rakan-rakan dan sahabat handai. Semoga kita semua mendapat kebaikan yang berlipat kali ganda daripada-Nya sebagai bekalan di akhirat nanti.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: