Langgan newsletter kami!
Women Clothes Wardrobe

Cara Menggayakan Pakaian Bercorak

Kadang kala anda rasa bosan memakai pakaian yang polos dan inginkan kelainan. Anda pun ingin mencuba pakaian yang bercorak untuk lebih bergaya. Tetapi, tahukah anda bahawa anda tidak boleh semberono memakai pakaian yang bercorak? Ia boleh kelihatan sangat kelakar jika anda salah memadankan corak dan pakaian anda!

Ada pelbagai jenis corak untuk dipilih seperti:

1. Jalur
2. Gingham atau check
3. Plaid
4. Dot
5. Paisley
6. Houndstooth
7. Herringbone

Anda mestilah mengambil kira tiga hal berikut sebelum membeli dan memakai pakaian bercorak.

Saiz Corak

Corak yang kecil adalah lebih mudah untuk digayakan bersama corak lain dan warna yang terang.

Corak yang besar pula perlu dipakai sendiri kerana jika dicampurkan dengan corak lain dan warna yang terang, pakaian anda akan kelihatan serabut.

Warna Corak

Warna corak yang dipilih mestilah berpandukan warna pakaian anda yang lain agar tidak caca marba.

Bentuk Tubuh Anda

Ya, corak yang anda pakai boleh membuat anda kelihatan lebih cantik atau membuat anda kelihatan tidak menarik. Jadi, anda perlu memilih corak yang sesuai dengan bentuk tubuh anda.

Jika tubuh anda sederhana dan kompak seperti Audrey Hepburn, corak yang paling sesuai ialah jalur atau gingham atau polka dot. Jika anda suka corak floral, pastikan ia berbucu atau bersudut. Corak anda mestilah kecil dan padat.

Jika tubuh anda kecil dengan sedikit lekuk badan seperti Gwyneth Paltrow, corak yang paling sesuai ialah floral atau scrolls atau swirls. Corak anda mestilah kecil dan padat.

Jika tubuh anda tinggi lampai dan lebar seperti Anjelica Houston, corak yang sesuai ialah yang bersaiz besar seperti jalur yang lebar. Anda tidak ada masalah untuk menggayakan apa-apa yang bold dan kontra. Sebaliknya, anda mesti mengelakkan corak yang kecil kerana boleh menampakkan anda lebih besar.

Jika tubuh anda curvy seperti Oprah, corak yang sesuai ialah floral dan bersaiz besar. Anda perlu mengelakkan corak geometrik yang berlawanan dengan curves anda.

Bagaimana pula dengan anda yang memiliki bentuk tubuh badan yang berbeza di bahagian atas dan bawah? Anda boleh mencampurkan corak mengikut kesesuaiannya.

Yang penting, biar pakaian yang melengkapi anda walau apa pun bentuk tubuh anda.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: