Langgan newsletter kami!

Cara Mendapat Parking Percuma di Kuala Lumpur

Sejak akhir-akhir ini memang sukar untuk parking di tempat-tempat yang sibuk di Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang, Bangsar, PJ dan lain-lain. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Begini caranya.

Anda double park sahaja kereta anda di mana-mana. Oleh kerana double park tidak masuk bawah penguatkuasaan MPPJ atau DBKL, anda sebenarnya memang boleh double park dan mereka tidak boleh buat apa-apa.

Sekarang apa yang anda perlu lakukan ialah meninggalkan kad atau kertas di dalam kereta untuk meminta sesiapa yang park ke dalam call untuk mengalihkan kereta anda. Kemudian anda boleh double park lagi sekali.

Teknik ini menjimatkan masa untuk anda mencari parking. Anda boleh parking sedekatnya dengan pejabat anda. Dan anda boleh jimat parking sepanjang hari. Bayangkan jika anda lakukan begini setiap hari. Dalam sehari anda boleh jimat sehingga RM7. Sebulan mungkin dalam RM200 anda boleh berjimat!

Satu tips lagi, kalau boleh jangan double park di jalan-jalan besar dan jangan angkat handbrake kereta anda. Kalau tak sia-sia saja kereta kena pecah. Hehe..

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: