Langgan newsletter kami!
Statistik Covid 19

Cara Memohon Bantuan Khas Covid-19

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengagihkan pemberian khas bantuan COVID-19 kepada yang layak. Perkara ini adalah selaras dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Berita ini sememangnya sesuatu yang sangat baik dan ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia yang kini sedang menghadapi dugaan akibat penularan wabak COVID-19.

Terdapat banyak kes di mana pekerja kehilangan sumber pendapatan dan tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bukan sahaja pekerja yang terkesan malahan majikan juga ramai yang terpaksa mengikat perut malahan ada yang gulung tikar disebabkan tidak dapat menanggung kos operasi seperti sewa kedai, gaji pekerja dan kekurangan pelanggan.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 sebagai rujukan dan panduan kita semua.

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS COVID-19

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran wabak COVID-19.

Pemohon Yang Tidak Layak

  1. Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan COVID-19

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Cara Memohon Bantuan COVID-19

1. Muat turun dokumen-dokumen di Portal NADMA.

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

2. Permohonan lengkap hendaklah dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Keraj aan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah)

  • Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    a) Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
    b) Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
  • Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
    a) Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tiadak mempanyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Cara Bayaran Bantuan Covid-19

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Carta Alir Permohonan Bantuan Covid-19

Carta Alir Permohonan Bantuan Khas Covid 19

Muat Turun Dokumen

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. terima kasih atas info ini. sebagai orang yang kehilangan pendapatan kerana majikan memotong gaji akibat perintah kawalan pergerakan ini, artikel ini sangat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: