Langgan newsletter kami!

Cara Melukis Muka Kartun dan Anime (15 Langkah Mudah)

Melukis muka kartun atau wajah orang sebenarnya bukanlah perkara yang mudah. Apa yang diperlukan adalah teknik dan cara yang betul lantas semuanya akan menjadi mudah selepas itu. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat garisan membantu yang seterusnya akan memudahkan proses melukis. Untuk lebih jelas, jom kita lihat tutorial ringkas cara melukis muka kartun.

Cara Melukis Muka Kartun dan Anime

Secara asasnya, bahagian kepala manusia itu terdiri daripada rambut, mata, telinga, hidung dan mulut. Jom kita belajar satu persatu malalui gambar di bawah.

 

Langkah 1: Buat garisan bulat untuk membantu lakaran.

Melukis Muka Kartun dan Anime Step 1

Langkah 2: Buat garisan tegak di tengah-tengah bulatan. Panjangkan sedikit ke bawah untuk bahagian leher. Seterusnya buat garisan melintang di tengah-tengah juga. Panjangkan sedikit ke tepi.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 2)

Langkah 3: Buat satu lagi garis melintang di bawah bulatan dan sama panjang dengan garis melintang sebelumnya.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 3)

Langkah 4: Buat satu penanda kecil di bawah garis menegak tadi.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 4)

Langkah 5: Buat garis sedikit melintang dimulai dari sisi kiri, kemudian ke bawah penanda yang kita buat tadi. Garisan ini akan membentuk rahang muka dan dagu.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 5)

Langkah 6: Buat perkara yang sama untuk sebelah kanan pula.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 6)

Langkah 7: Perhaluskan garis di tepi pipi agar lebih bersih dan licin dan padamkan garisan yang tidak berkenaan.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 7)

Langkah 8: Buat beberapa tanda iaitu 3 tanda di sebelah kiri dan kanan untuk membuat gambar mata.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 8)

Langkah 9: Buat garis lengkung untuk kelopak atas dan bawah mata.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 9)

Langkah 10: Buat anak mata dan kening.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 10)

Langkah 11: Buat lukisan hidung dan mulut.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 11)

Langkah 12: Buat lukisan telinga. Garis telinga adalah kurang lebih sama dengan huruf C dan lipatan dalam daun telinga adalah berbentuk huruf S. Posisi terbaik untuk telinga adalah dari bahagian tengah mata sehingga paras bawah hidung.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 12)

Langkah 13: Padamkan garisan lakaran dan kemaskan lukisan.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 13)

Langkah 14: Buat lakaran untuk melukis. Sila gunakan 2 garisan lengkung atas dan bawah.

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 14)

Langkah 15: Buat lukisan rambut. Gaya rambut adalah mengikut citarasa anda!

Melukis Muka Kartun dan Anime (Step 15)

Tadaa.. Lukisan muka kartun anime dan siap! Cantik dan mudah kan?

Anda boleh tambah warna untuk mencantikkan lagi lukisan ini. Selamat melukis..

Melukis Muka Kartun dan Anime (Lukisan Siap)

 

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

10 comments

  1. macam mana nak buat full punya ? maksudnya sekali badan ngn kaki

  2. tolong tunjukkan seluruh gambar rajah di atas untuk sempurnakan lagi lukisan saya.

  3. Wah….cantiknya lukisan awak.cemburu saya…hiiii…

  4. fuhhh…tpi tak cntik lah klu tak penuh…tpi memang senang lah nak lukis

  5. melukis ni perlukan ketekunan dan kesabaran, sekali lukis x jadi, cuba lagi ……………..

  6. semua ni perlukan latihan berterusan, idea yang bagusni…………….

  7. Terbaik lah terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: