Langgan newsletter kami!
Muka Orang Mengantuk

Cara Kelihatan Segar Walaupun Tidak Cukup Tidur

Hujung minggu sudah pun tamat dan anda kembali untuk menjalani minggu yang baru. Mungkin ada yang tidak cukup tidur kerana terlibat dengan acara penting minggu lalu dan akibatnya, anda kelihatan seperti zombie. Usah gusar, ada cara untuk anda ‘membangkitkan’ wajah yang lesu dan keletihan. Amalkan langkah-langkah ini setiap kali ada situasi kecemasan yang menyebabkan anda tidak dapat menjadi sleeping beauty.

Langkah 1: Segarkan diri anda dengan syampu mandian yang mengandungi peppermint atau menthol. Jika anda mempunyai tab mandi di rumah, rendamkan badan selama 5 minit untuk menikmati kesannya.

Langkah 2: Mata adalah anggota pancaindera penting yang menjadi tumpuan pada diri seseorang, jadi titiskan eye drop beberapa kali untuk melegakan keletihan dan kemerahan mata anda. Tips: keraplah menggunakan eye drop dan berhenti seketika daripada melihat skrin komputer dan telefon apabila di tempat kerja atau di rumah.

Langkah 3: Seterusnya, hidrat kulit anda dengan pelembap untuk nampak segar. Gunakan krim di sekeliling mata anda dan semburkan face mist sebanyaknya. Ia akan mengunci kelembapan kulit dan mencantikkan lagi solekan anda selepas ini. Tips: simpan produk yang melembapkan kulit di dalam peti sejuk untuk kesan yang lebih menyegarkan.

Langkah 4: Untuk solekan, bersolek seperti biasa tetapi jangan membuat silap dengan memberikan penekanan pada solekan mata. Ini akan membuat pandangan orang lain tertumpu kepada mata anda sedangkan anda perlu menyorokkannya! Sebaliknya, biarkan solekan mata anda natural dan alihkan tumpuan kepada bibir anda dengan gincu yang menyerlah sedikit.

Langkah 5: Anda sudah pun bersedia untuk meninggalkan rumah sekarang. Bawa bekal air kosong atau buah-buahan bersama penyedut minuman dan minumlah dengan kerap sepanjang hari untuk menghidrat sel-sel tubuh anda yang kitaran semula jadinya terganggu dek kerana tidur anda yang tidak mencukupi.

Walaupun terpaksa menahan mata yang mengantuk ketika bekerja, positifkan diri anda dengan berfikir yang baik-baik. Setiap kesulitan yang anda hadapi akan ada kesenangannya. Tetap tersenyum kerana senyuman itu adalah perhiasan wajah yang sebenar.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: