Langgan newsletter kami!
Dove Hello Beautiful Underarms

Cara Hilangkan Warna Gelap Bawah Lengan

Jika anda mengalami warna kulit yang lebih gelap di bawah lengan (ketiak), jangan khuatir kerana anda boleh mencerahkannya semula. Sebelum itu, anda haruslah mengetahui punca-punca kulit di bawah lengan menjadi lebih gelap.

Punca Gelap Bawah Lengan

Ada pelbagai sebab untuk hal ini, antaranya penghasilan kulit mati yang tidak di’skrub’, penggunaan deodoran berkimia tinggi dan penggunaan pisau cukur. Ada juga sebab yang lebih serius iaitu penyakit Acanthosis Nigricans yang dialami mereka yang obes, serta masalah kelenjar.

Berikut merupakan 4 cara anda dapat mencerahkan kulit di bawah lengan dengan syarat anda mesti rajin dan kerap melakukannya ya!

Cara Hilangkan Gelap Bawah Lengan

1. Jus lemon

Jus lemon semula jadi bersifat antibakterial dan antiseptik untuk mengelakkan bau peluh yang tidak menyenangkan. Ia juga bersifat asidik yang mengangkat sel kulit mati daripada kulit seterusnya menjadikan kulit lebih cerah.

Untuk menggunakannya, celupkan sahaja kapas pada jus lemon yang telah diperah dan gosokkan dalam gerakan membulat ke kulit bawah lengan. Biarkan selama 10-20 minit dan bilas.

2. Jus tomato

Jus tomato juga memiliki sifat mencerah untuk mengurangkan gelap di bawah lengan. Malah, ia dapat mengurangkan bawah lengan daripada berpeluh.

Untuk mengamalkannya, gosokkan sekeping buah tomato ke bawah lengan atau picitkan jusnya ke kapas sebelum disapukan dan biarkan semalaman.

3. Kunyit

Kunyit merupakan bahan kecantikan utama bagi wanita India kerana kandungan antioksidannya yang mencantik dan melindungi kulit. Ia dapat mencerahkan dan menyamaratakan warna kulit bawah lengan.

Untuk kesan segera, campurkan serbuk kunyit asli dengan jus lemon sebagai masker. Tunggu kering dan bilas.

4. Susu

Anda juga boleh mengamalkan susu mandian untuk mencerahkan bawah lengan dan melembutkan kulit kerana ia mengandungi asid laktik.

Sama ada anda menjirusnya ke badan atau berendam dengan susu, gosokkannya ke kulit bawah lengan.
Ini mungkin lambat sedikit tetapi jika diamalkan bersama mana-mana cara lain di atas, kulit bawah lengan anda akan cerah dalam masa yang singkat.

Tips: untuk mengelakkan kulit bawah lengan daripada menjadi lebih gelap, elakkan bercukur dan menggunakan krim cukur. Sebaliknya, gunakan wax untuk membuang rerambut di bawah lengan. Bukan sahaja dapat mengelakkan kulit anda daripada gelap, rerambut anda juga akan semakin nipis.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: