Langgan newsletter kami!

Cara Delete Akaun Facebook

Dua tiga hari ni ramai pembaca yang bertanya kepada saya tentang bagaimana cara padam akaun facebook? Ada yang login ke facebook tetapi tidak jumpa butang atau menu untuk memadam akaun.

Kebanyakan yang bertanya adalah kerana kematian atau ada di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai yang telah meninggal dunia. Dengan membuang terus akaun ini, ianya diharap akan dapat membantu serta memudahkan lagi perjalanan arwah di sana nanti.

Maklumlah, ketika hidup kita tidak pasti sama ada ayat-ayat yang ditulis mungkin menyinggung perasaan teman-teman di alam maya. Atau mungkin juga ada di antara gambar-gambar yang kita diletakkan di FB tidak sepatutnya dipaparkan untuk tontonan awam.

Baik, sebenarnya mudah sahaja untuk padam terus akaun facebook anda. Sila ikut langkah step by step seperti di bawah.

Cara Padam / Delete Akaun Facebook

1. Login ke akaun Facebook pengguna yang ingin dipadamkan. Berhati-hati kerana anda perlu ada username dan password yang betul. Tanpanya anda tidak boleh pergi ke langkah seterusnya.

2. Bila sudah login, sila klik link ini: https://www.facebook.com/help/delete_account

3. Kemudian, scroll pada bahagian paling bawah dan anda akan jumpa butang “Delete My Account”. Sila klik butang tersebut dan anda akan dibawa ke page pengesahan. Sila masukkan password anda sekali lagi beserta beberapa pengesahan lain.

Padam Akaun Facebook

4. Siap! Facebook akan memberitahu anda bahawa akaun facebook anda akan dipadamkan dalam tempoh 14 hari. Anda dilarang untuk login kembali ke akaun yang anda mahu padamkan. Namun, Sekiranya anda login kembali ke akaun yang ingin anda padam, satu notifikasi akan keluar memberitahu bahawa akaun Facebook anda sedang dalam proses untuk dipadam dalam tempoh yang telah diberikan. Anda akan lihat tarikh sebenar akaun Facebook anda akan dipadamkan. Dalam notifikasi itu, anda juga akan nampak dua butang pilihan – iaitu meneruskan padam (confirm deletion) dan batal (cancel deletion).

Semoga artikel tentang panduan cara memadam akaun facebook ini bermanfaat buat anda. Semoga mereka yang telah pergi buat selama-lamanya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Rujukan: Facebook

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. Klu acc fb org yg sudah meninggal kita padam mcm mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: