Langgan newsletter kami!
Semak Nama Penerima Poslaju

Bolehkah Anda Semak Nama Penerima Poslaju?

Semak Nama Penerima Poslaju?

Ramai pelanggan selalu bertanya, bolehkah kita menyemak barang yang dihantar melalui Poslaju hanya dengan menggunakan nama penerima? Setakat artikel ini ditulis, Poslaju tidak menyediakan perkhidmatan sebegitu atau sekurang-kurangnya masih belum ada perkhidmatan semakan menggunakan nama sahaja.

Mungkin banyak faktor yang perlu diambilkira sebelum penyemakan melalui nama dibuat. Antaranya ialah nama sahaja bukanlah sesuatu yang unik. Cuba kita bayangkan, dalam Malaysia sahaja, ada berapa ramai orang yang bernama Amir atau Fatimah atau Fatihah? Tentu jika semakan berdasarkan nama dibuat ianya tidak praktikal dan lebih menyusahkan pengguna. Malah akan timbul kekeliruan tentang pemilikĀ  atau penerima sebenar barangan yang dihantar.

Jadi perlu ada semakan penerima Poslaju menggunakan IC atau No Kad Pengenalan? Sememangnya No IC setiap orang adalah unik dan tidak dikongsi, namun begitu sehingga kini pihak Poslaju belum lagi melaksanakan No IC sebagai item mandatori untuk penghantar mahupun penerima surat atau bungkusan. Mungkin juga ianya sebagai privasi kerana No IC adalah maklumat yang sensitif

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, pihak Poslaju tidak menyediakan fungsi semak nama penerima Poslaju. Perkhidmatan yang disediakan adalah menggunakan nombor tracking kurier atau consignment note sahaja. Jika anda tiada maklumat ini, anda tidak akan dapat menyemak status barang yang dihantar.

Pihak Pos Laju telah menyediakan satu sistem untuk menyemak status barang yang dipos secara atas talian (online). Perkhidmatan ini amat memudahkan pelanggan kerana tidak perlu ke kaunter atau perlu membuat panggilan ke pejabat pos hanya untuk mengetahui status barangan mereka. Pelanggan boleh membuat semakan terus secara online, namun jika ada masalah lain, pelanggan boleh bertanya terus di kaunter pejabat pos yang berkaitan.

Untuk menyemak status dan tracking barang yang dihantar melaluiĀ  Poslaju, sila klik link di bawah.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

10 comments

  1. Nurul shahdila

    Takde no tracking tapi nak pergi ambil

  2. Muhammad Noor Fais bin zainuddin

    Nak tnya surat saya ada dk disana

  3. Selamat petang saya mahu tanya cek duit epf saya masuk pakai cek bernama
    ricky anak dio
    Lot121,lorong 1f taman sri jaya park sri aman
    Adakah sudah sampai atau belum

  4. Sy nk semak cek jurubank i lestari..dh lepith ke kwsp.trbaru sy dh updte akuan bank..so sekarang nj tnya cek untuk bulan 5/6 smpai sekarang xdpt dikesan..mohon kerjasama

    • saya tanya chek bank kwsp saya atas nama Noraziah binti mohammad sekarang berada di pos laju mana?alamat yang saya beri Lot22 taman janggus 13500 permatang pauh pulau pinang..Atas nama NoRaziah binti mohammad..kerana alamat yang saya berika.tidak lagi saya duduk..

  5. MAS NOR EDORA BT RETHUAN

    Barang sy dh nk msk 3 minggu x smpai2 lgi

  6. Sya mau tanya ada kh cek dri kwhp Sya sampai di pos laju NAMa FOMIE DIUS KAmpung patikkang ulu 89000 keingau

  7. Nor hidayu binti isarudin

    nak chek sy punya cek jurubank i sinar ade tak nama sy di pos

  8. Mohd taufik aizuddin bin sumidi

    Saya nak check saya punya cek i citra ada atau tidak dipejabat pos klang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: