Langgan newsletter kami!
Biodata Zul Helmy

Biodata Zul Helmy, Artis Berasal Dari Kulim

Siapakah Zul Helmy? Jejaka ini adalah seorang pelakon dan model yang berasal dari negeri jelapang padi, Kedah. Kerjaya beliau dalam bidang seni bermula apabila diperkenalkan oleh pengarah ternama Osman Ali dan memulakan kerjaya sebagai pelakon di bawah arahan Michael Ang. Dilahirkan pada tahun 1994, beliau merupakan anak sulung dari 4 beradik yang mana kesemuanya adalah lelaki.

Biodata Zul Helmy

  • Nama Penuh: Mohd Zul Helmi bin Abdullah
  • Tarikh Lahir: 8 Jun 1994
  • Umur: 26 tahun (2020)
  • Asal: Kulim, Kedah
  • Adik-Beradik: anak pertama dari 4 beradik (semua lelaki)
  • Tinggi: 178 cm
  • Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Perisian (Sofware Engineering), Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Pekerjaan: Model dan Pelakon
  • Drama: Kerna Syurga Bukan Percuma (2017), Bila Aidll Ada Fitri (2018), Isteri Bukan Untuk Disewa (2018), Setelah Terlafaznya Akad (2019), Setelah Ku Dimiliki (2019)
  • Telefilem: Bidadari sebagai Putra (2017), Sirat Al Mustaqeem sebagai Fizo (2017), Kuntom sebagai Epot (2017), Taksi Love sebagai Nadim (2017), Cincin Belah Rotan sebagai Muharam (2019), Puyah & Putat (2020), Sinar Yang Dinanti (2020)
  • Filem: Pinjamkan Hatiku (2017), The Last Nyonya Santorini (2018)
  • Rancangan TV: Bawang Live (Astro Ria-2019), CCTV (Astro Ria-2019)
  • Instagram: @mzul_helmyy

Fakta Menarik

  • Mempunyai lesung pipit.
  • Menjadikan Datuk Farid Kamil, Zul Huzaimy dan Zamarul Hisham sebagai idola dan sumber inspirasi dalam dunia lakonan.
  • Mula dikenali peminat melalui watak Hairuddin dalam drama arahan Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad dan Abang Chaq dalam drama arahan Osman, Isteri Bukan Untuk Disewa.
  • Mempunyai hampir 40k followers di Instagram (IG).
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: