Zareef Yusof adalah seorang pelakon kanak-kanak yang kini kerap menghiasi drama dan telefilem tempatan. Zareef merupakan anak kepada Datuk Sri Eizlan Yusof yang juga merupakan seorang pelakon dan pengarah. Selain memiliki wajah kacak yang diwarisi daripada ayahnya, ramai juga peminat yang menyamakan kedudukan tahi lalat di atas bibir mereka.
Penglibatannya dalam bidang lakonan bermula sewaktu sesi uji bakat drama Mak Cun.
“Sebenarnya sewaktu sesi uji bakat bagi mencari pelakon kanak-kanak untuk musim terkini Mak Cun ini, Zara yang mahu sertai tetapi kebetulan hari itu Zareff mahu ikut kami. Sampai saja di lokasi uji bakat, pengarah Mak Cun musim kelima, Izwan Mokhtar meminta Zareef juga diuji bakat. Ini kerana watak Atun ada sepasang cahaya mata. Bagaimanapun, sudah tertulis rezeki hanya berpihak kepada Zareef. Ini kerana saat akhir watak anak Atun sudah berubah,”
Terbaharu, Zareef muncul dalam drama bersiri mini sempena Hari Raya Aidilfitri 2020 berjudul Runi & Solah. Drama bersiri 4 episod ini turut dibintangi oleh pelakon cilik lain seperti Nik Adam Mika, Duerra Mitilda dan Indah Emeerlda. Jom kita lihat biodata Zareef Yusof seperti di bawah.
Biodata Zareef Yusof
- Nama Penuh: Zareef Yusof Idris
- Nama Panggilan: Ayeep
- Tarikh Lahir: 23 April 2010
- Umur: 10 tahun (2020)
- Ibu Bapa: Datuk Sri Eizlan Yusof (bapa) dan Vie Santie (ibu)
- Adik Beradik: Anak ke-2 dari 3 beradik (Vie Zaara, 12 tahun, Zareef Yusof 10 tahun dan Vie Zaalia, 7 tahun)
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Drama: Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5), Runi & Solah
- Instagram: @zareefyusofofficial
Perkara Menarik
- Dilahirkan secara normal di Hospital Umra, Shah Alam dengan berat 2.87 kilogram.
- Pada usia 9 tahun, pernah terbabit dalam kemalangan yang ngeri ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun musim kelima. Toyota Vios yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.
- Sebelum ini, Instagram Zareef pernah di ‘private‘ kan untuknya memberi fokus kepada bidang pelajaran sahaja dan menghadkan penglibatan dalam bidang lakonan ketika cuti sekolah sahaja.
- Ramai peminat memuji Zareef yang bukan sahaja mewarisi bakat tetapi juga paras rupa ayahnya.
- Merupakan anak kedua Datuk Sri Eizlan Yusof bersama bekas isterinya Vie Santie iaitu Vie Zaara, 12 tahun, Zareef Yusof 10 tahun dan Vie Zaalia, 7 tahun. Ayahnya kini telah berkahwin dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rossa Boudville pada 12 Disember 2019. Perkahwinan dengan ahli perniagaan, Vie Shantie Khan pada 2007 hanya bertahan selama lapan tahun.