Semenjak meletup dengan lagu ‘Jangan Jangan’ ciptaan DJ Fuzz, penyanyi Wani Kayrie telah mencuri perhatian kerana ramai yang tidak menyangka beliau sebenarnya masih muda dan bersekolah. Dengan usia yang tersangat muda ramai yang khuatir tentang bagaimana beliau membahagikan masa antara pelajaran dan bidang nyanyian.
Namun begitu foktor ini bukan penghalang untuk Wani Kayrie untuk terus berjaya dalam bidang nyanyian dan menganggap kritikan negatif segelintir masyarakat yang mengatakannya belum sesuai untuk menjadi penyanyi pada usia 17 tahun tidak melemahkan semangatnya.
“Sejak usia enam tahun, ibu sudah membawa saya menyertai pertandingan nyanyian. Jadi, saya sudah terbiasa sibuk dengan aktiviti nyanyian. Jika diikutkan saya sudah penat menyertai pertandingan nyanyian, namun banyak pengalaman baharu yang saya peroleh.”
“Kematangan saya itu juga membuatkan ada yang terkejut apabila diberitahu usia saya baru menjangkau 16 tahun (ketika itu)”
– Wani Kayrie
Biodata Wani Kayrie
- Nama Penuh: Syazwani Abdullah
- Nama Artis: Wani Kayrie
- Umur: 17 Tahun (2017)
- Pendidikan: Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman (mendapat 6A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) )
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Syarikat Rakaman: Suria Records
- Lagu/Single: Jangan Jangan, Berteman Saja, Kumbang dan Bunga (feat Viral), Aku Suka Kamu
- Instagram: https://www.instagram.com/wanikayrie
- Twitter: https://twitter.com/wanikayrie
Perkara Menarik Tentang Wani Kayrie
- Mula menyanyi sejak umur 6 tahun.
- Pernah menyertai satu pertandingan nyanyian di Los Angeles ketika berusia 12 tahun.
- Video muzik lagu ‘Jangan Jangan’ mendapat lebih daripada 1 juta tontonan hanya dalam masa 2 bulan.
- Tidak mahu menyanyikan lagu yang terlalu berunsurkan cinta berikutan usia yang masih muda.
- Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan.